Tiga penyandang Naib Presiden PAS kekal

Ketiga-tiga penyandang Naib Presiden PAS kekal memegang jawatan itu dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi parti pada Muktamar Tahunan Ke-67 sesi 2021-2023 di Kuala Terengganu, hari ini.

Mereka ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Ketika mengumumkan keputusan tersebut, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman berkata berdasarkan pemilihan yang diadakan semalam, Idris meraih 1,164 undi, Mohd Amar (956 undi), manakala Ahmad Samsuri (778 undi).

Bagaimanapun katanya, bekas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang turut bertanding bagi jawatan tersebut sekadar meraih 623 undi sekali gus gagal melayakkan diri.

“Bagi pemilihan kali ini, jumlah perwakilan yang layak mengundi adalah 1,299 orang manakala jumlah undi yang diterima melalui e-voting adalah 1,221 undi,” katanya.

Terdahulu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing selepas menang tanpa bertanding.

Pemilihan kali ini turut melantik 18 ahli jawatankuasa daripada 36 pencalonan.

Berikut senarai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bagi sesi 2021-2023:

Muhammd Khalil Abdul Hadi
Muhammad Sanusi Md Nor
Kamaruzaman Mohamad
Senator Khairil Nizam Khirudin
Dr Riduan Mohamad Nor
Datuk Iskandar Abdul Samad
Dr Halimah Ali
Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan
Datuk Ahmad Marzuk Shaari
Datuk Mohd Nassuruddin Daud
Dr Najihahtussalehah Ahmad
Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff
Dr Azman Ibrahim
Nasrudin Hassan
Datuk Ahmad Amzad Mohamed
Dr Ali Akhbar Gulasan
Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Dr Rosni Adam

BERITA BERKAIT
POPULAR