Tiga ahli Bersatu gugur keahlian ingkar arahan bertanding bebas

December 13, 2021 · Politik

Keahlian tiga ahli Bersatu gugur serta-merta secara automatik selepas ingkar arahan parti dan bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Tiga calon bebas yang juga ahli Bersatu tersebut adalah Ketua Bersatu Hulu Rajang, Siki Balarik yang bertanding di Belaga; Ketua Bersatu Samarahan, Ismawi Muhammad (Muara Tuang) dan aktivis Bersatu, Ricky Enteri (Bawang Assan) bukan lagi ahli Bersatu.

Tindakan tersebut diumumkan Pengerusi Bersatu Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian berkata, keanggotaan mereka dianggap gugur secara automatik selepas enggan menarik diri daripada bertanding di kerusi masing-masing.

“Mereka telah pun digugurkan keanggotaan secara automatik menurut Perlembagaan Bersatu. Kita telah memberikan mereka masa dan peluang untuk menarik diri tapi tiada tindakan dibuat mereka, jadi keahlian mereka telah gugur.

“Jadi, tiada ahli Bersatu yang bertanding. Bersatu tetap dengan pendirian tidak bertanding pada PRN Sarawak,” katanya Bernama.

Minggu lalu, Bersatu dikejutkan dengan kemunculan empat ahlinya yang bertanding sebagai calon Bebas termasuk Datuk Ali Biju di Krian.

Tindakan mereka bertentangan dengan pendirian Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memutuskan bahawa parti itu tidak bertanding pada PRN kali ini sebaliknya memberi sokongan penuh kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Namun, hanya Ali yang menarik diri daripada bertanding Bebas dan memberikan sokongan penuh kepada calon GPS, Friday Belik di Krian, manakala tiga lagi ahli Bersatu enggan menarik diri.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
BN kalah PRU-15 sebab Zahid, kata Annuar Musa
November 21, 2022
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
13 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok