Tidak sehaluan dengan Zahid, ahli UMNO dipelawa berjuang dalam PN

May 21, 2023 · Politik

Pemimpin dan akar umbi UMNO yang tidak sehaluan dengan presidennya dipelawa menggunakan platform Perikatan Nasional (PN) untuk meneruskan perjuangan mereka.

Naib Pengerusi PN Johor, Mohd Solihan Badri berkata mereka yang dipecat atau digantung keahlian selepas menentang kerjasama UMNO-Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) juga tidak perlu menunggu untuk bertindak sehingga pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

“Pendirian dan semangat perjuangan tulen ramai pemimpin UMNO di Johor bahkan di seluruh negara yang selama ini lantang menegur kepincangan pimpinan UMNO termasuk menyertai kerajaan campuran bersama PH, tidak sewajarnya terpadam serta berkubur begitu sahaja selepas mereka dikhianati, dipecat atau digantung keahlian masing-masing.

“Terkini, ahli UMNO diarah mengundi calon DAP dalam PRN di enam negeri tidak lama lagi dan ini sekali gus membuktikan Presiden UMNO itu (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) sekali lagi telah melanggar sumpah dan prinsip perjuangan mahupun mengkhianati mandat ahli serta penyokong partinya.

“Mereka perlu merasa bersalah jika membiarkan situasi buruk ini berterusan. Oleh itu, jangan berlengah lagi tinggalkan UMNO dan sekarang adalah masa terbaik untuk mereka menggunakan platform PN bagi meneruskan perjuangan membela agama, bangsa serta tanah air. UMNO sudah rosak dan bukan lagi wadah serta payung bangsa Melayu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata pengundi UMNO perlu memilih calon daripada kerajaan perpaduan pada PRN tanpa mengira calon tersebut daripada parti mana termasuk DAP.

Menurut beliau, gesaan tersebut bukan atas nama parti tertentu sebaliknya atas nama kerajaan perpaduan serta titah Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga kestabilan politik negara.

“Disiplin parti itu memastikan arahan parti dituruti…memanglah undi itu rahsia tetapi gesaan saya ialah bukan (undi) atas nama parti atau DAP tetapi atas nama kerajaan perpaduan,” kata Timbalan Menteri Kewangan itu.

Sementara itu, Mohd Solihan berkata, umat Islam terutama ahli UMNO tidak boleh hanya melihat agama Islam dihina dan dipertikai dengan risiko nasib serta masa depan Melayu di negara ini tergadai.

“Kita mesti sama-sama dalam PN mematahkan strategi politik DAP yang begitu kuat pengaruhnya dalam gagasan PH dan kerajaan sekarang,” katanya.

Berita berkaitan
Dana judi : Parti politik disiasat jangan panik, kata Azalina
4 minit lalu· Politik
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu· Isu semasa
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
5 jam lalu· Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
5 jam lalu· Politik
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
June 2, 2023
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
1 jam lalu · Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
5 jam lalu · Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
7 jam lalu · Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
7 jam lalu · Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok