Tidak boleh ada satu kumpulan kecil hendak PRU kita buat PRU: PM

March 14, 2022 · Politik

Keputusan untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu dibincang secara teliti dan tidak boleh diadakan secara terburu-buru, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata walaupun Barisan Nasional (BN) menang bergaya di Johor namun ia bukan faktor yang akan menentukan PRU perlu disegerakan.

“Keputusan mengadakan PRU akan dibuat selepas melihat pelbagai faktor, termasuklah persediaan parti serta perbincangan dengan pimpinan parti.

“Sebab itu, saya katakan setiap keputusan kita akan bincang dalam parti. Tidak boleh (hanya kerana) ada satu kumpulan kecil hendak PRU (lalu) kita buat PRU,” katanya dipetik laporan Berita Harian dalam satu majlis di Bera, semalam.

Jelasnya lagi, pelbagai aspek dan faktor perlu diteliti terlebih dahulu sebelum PRU-15 boleh diadakan, ia memandangkan negara masih berdepan cabaran Covid-19 dan keadaan ekonomi yang masih belum pulih sepenuhnya.

“Kita tunggu masa sesuai (dan) parti sudah boleh berbincang dan apabila kita rasa sudah bersedia, maka bolehlah diadakan PRU-15,” katanya lagi.

Terdahulu, laungan ‘bubar Parlimen’ dalam kalangan penyokong BN bergema susulan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac.

Menurut Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO lagi, kerajaan juga perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU.

“Ini (bubar Parlimen untuk adakan PRU-15) satu perkara yang susah. Jadi parti akan bincang serta buat keputusan dan selepas itu mungkin beberapa perkara lain perlu dibuat.

“Ia ada prosedurnya. Bukan setakat kita sahaja tetapi dari segi prosedurnya, saya perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memberi nasihat dan kalau diperkenan baru boleh diadakan pilihan raya,” terangnya lagi.

Untuk rekod, Ismail Sabri  mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen (MP) untuk dilantik menjadi PM, tetapi daripada jumlah itu hanya 42 MP terdiri daripada gabungan UMNO/Barisan Nasional (BN).

Sementara selebihnya daripada beberapa parti komponen lain yang berada dalam Perikatan Nasional (PN), antaranya Bersatu, PAS, GPS dan beberapa sokongan MP Bebas lain.

Berita berkaitan
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023· Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
June 2, 2023· Isu semasa
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023· Politik
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023· Isu semasa
Popular
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023
UMNO bukan lagi dominan boleh bertanding semua kerusi: Noraini
June 8, 2023
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
22 minit lalu · Politik
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
30 minit lalu · Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
1 jam lalu · Politik
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
4 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok