Tidak ada minta campur tangan, kata PM berhubung kes SRC Najib

August 23, 2022 · Politik

UMNO tidak ada meminta campur tangan dalam menyelamatkan Datuk Seri Najib Razak yang sedang berdepan perbicaraan akhir kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd hari ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri menjelaskan pertemuan dengan pemimpin UMNO yang bergegas ke kediaman rasminya semalam hanya membincangkan persediaan parti ke arah menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dan tidak ada permintaan untuk mencampuri urusan kes mahkamah Najib.

“Tidak ada.

“(Pertemuan) tentang UMNO, tentang mesyuarat UMNO bahagian, tentang persediaan kita ke arah pilihan raya dan sebagai,” katanya dipetik laporan media semasa ditemui media di Putrajaya.

Ismail Sabri malam tadi dikatakan mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi UMNO, namun ia tidak dihadiri Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pertemuan itu diadakan sejurus satu mesyuarat tergempar yang dipanggil Zahid bersama Ketua-Ketua Bahagian UMNO semalam.

Difahamkan pertemuan dengan delegasi dihantar Zahid itu bagi meminta Ismail Sabri untuk cuba membantu Najib yang sedang berdepan kes mahkamahnya.

Kes perbicaraan SRC Najib bersambung hari ini dengan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat sedang membacakan penghakimannya ketika ini di Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 berhubung hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib.

Najib telah didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Berita berkaitan
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
1 jam lalu· Politik
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
Popular
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
PH pun ada ‘virus’, syok bercakap saja, kata ahli MT UMNO
January 19, 2023
Lagi Politik terkini
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok