Tiba masa rakyat Malaysia berubah, bentuk kerajaan bersih: Nik Zawawi

November 14, 2022 · Politik

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata sudah tiba masanya rakyat Malaysia berubah dan membentuk sebuah negara yang lebih bersih daripada pelbagai penyelewengan dan stabil dari segi politik.

Beliau berkata sejak beberapa tahun kebelakangan rakyat Malaysia dilihat sudah muak dengan pemerintah yang terlibat dengan isu-isu rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Menurutnya misi Perikatan Nasional sekarang ialah memberi perkhidmatan bersih dan berintergriti kepada rakyat.

“Kita akan berusaha sedaya upaya supaya kita berjaya menuju ke arah itu.

“Kita nak rakyat juga punyai kekuatan sendiri untuk melonjakkan ekonomi, perpaduan dan seumpamanya supaya satu masa negara kita akan jadi negara maju yang bersih dan stabil,” katanya menurut Sinar.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Semarak Tani, di Bandar Baru Pasir Puteh di Pasir Puteh, hari ini (14 November 2022). Hadir sama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamaruddin Md. Nor.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini, Nik Zawawi yang juga penyandang kerusi Parlimen Pasir Puteh, berdepan saingan empat penjuru menentang calon Putra, BN dan PH.

Pada PRU-14 lalu, beliau memperoleh 32,307 undi berbanding BN (30,947 undi), dan PKR (4,896 undi).

Mengulas persediaannya di Parlimen Pasir Puteh, Nik Zawawi berkata PAS mempunyai lebih kekuatan dengan sokongan padu, setelah bekerjasama daripada Bersatu serta Gerakan di dalam Perikatan Nasional (PN).

Beliau menjelaskan kerjasama itu telah banyak mengubah senario politik di Parlimen Pasir Puteh.

“Kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bersatu yang bekerjasama dengan PAS, dan bukannya memberi seribu satu macam alasan bila diajak bersama,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
1 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
13 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
57 minit lalu · Politik
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
12 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
16 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
18 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok