Tian Chua berani ‘langgar’ Anwar kerana ada Rafizi di belakang

November 6, 2022 · Politik

Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua meminta maaf kepada presiden partinya Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Batu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Tian Chua akan memberi cabaran bersama lapan calon lain dalam pertandingan 10 penjuru, terhadap penyandang kerusi Parlimen Batu P Prabakaran yang juga rakan satu parti dengannya.

Calon lain yang turut bertanding di situ ialah Azhar Yahya yang mewakili Perikatan Nasional; Wan Azliana Wan Adnan (Pejuang); Naganathan Pillai (Warisan); A Kohilan Pillay (BN). Selain itu empat calon Bebas turut bertanding iaitu Nir Fathiah Syazwana; Too Gao Lan; Zulkifli Fattah dan Siti Kassim.

Tian Chua berkata beliau memahami kekecewaan dirasai Anwar dan memohon maaf kepada rakan lamanya, tetapi beliau terpaksa melakukannya untuk berbakti sebagai Ahli Parlimen Batu.

Semalam, selepas Tian Chua disahkan sebagai calon Parlimen Batu, Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa ahli PKR itu secara automatik dipecat daripada parti kerana bertindak atas tiket Bebas.

Anwar yang meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Tian Chua yang juga salah seorang reformis parti itu, namun berbeza pula dengan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang bersikap terbuka.

Malah Rafizi berkata Tian Chua ada menghubunginya memberitahu akan bertanding di Parlimen Batu.

“Malah Tian Chua ada menghantar mesej kepada saya semalam menyatakan bahawa dia akan bertanding sebagai calon Bebas di Batu, Jadi seperti yang saya sebutkan, proses demokrasi ini baik.

“Masing-masing ada hak dan itu hak Tian Chua untuk bertanding di Batu,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Bilik Gerakan Utamanya bagi Parlimen Pandan, di Taman Seraya, semalam.

Kenyataan Rafizi itu dilihat bertentangan dengan Anwar, malah sumber rapat dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata Rafizi sepatutnya memberitahu Anwar mengenai tindakan Tian Chua itu.

“Jika Tian Chua menghubunginya memberitahu akan bertanding, dia (Rafizi) patut memberitahu Anwar supaya usaha dapat diambil untuk menghalangnya daripada bertanding di Batu.

“Ini lain pula bila Rafizi sebagai timbalan presiden parti tidak menghalang, sebaliknya seolah-olah mengalu-alukan pula,” kata sumber itu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
7 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Selepas dilantik TPM, Zahid puji Anwar pula lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
1 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
2 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok