Tiada yang menang tanpa bertanding : SPR

November 5, 2022 · Politik

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada mana-mana calon yang menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selepas selesai proses penamaan calon, hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata pencalonan paling banyak bagi peringkat Parlimen ialah Parlimen Batu, Kuala Lumpur dengan 10 penjuru.

Sementara bagi peringkat DUN pula, pencalonan diterima paling banyak untuk DUN Chenderiang, Perak dengan tujuh penjuru.

“Kali ini sejumlah 222 kerusi Parlimen dan 117 DUN iaitu melibatkan Pahang, Perlis, Perak serta satu kerusi N66, Bugaya dipertandingkan.

“Dengan selesainya urusan penamaan calon tersebut  maka tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan dipertandingkan sehingga 11.59 malam, 18 November ini,” katanya dalam sidang akhbar khas hari ini, lapor Utusan Malaysia.

Beliau juga memaklumkan telah menolak enam kertas pencalonan melibatkan empat kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN pada urusan penamaan calon bagi PRU-15 yang dijalankan hari ini.

Hari ini, sebanyak 222 Pusat Penamaan Calon dibuka di seluruh negara bermula jam 9 pagi hingga 10 pagi untuk bakal-bakal calon mengemukakan kertas penamaan mereka yang turut melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.

Abdul Ghani berkata maklumat terperinci mengenai pilihan raya ini akan dimaklumkan kemudian melalui suatu kenyataan media.

Pada masa sama, SPR memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi perjalanan kempen dan mengundi termasuk bagi kes Covid-19 akan dikeluarkan kemudian.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
5 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
11 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
12 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
5 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
9 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
10 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
16 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok