Tiada usul tamatkan kerjasama dengan UMNO dalam Muktamad PAS

August 20, 2022 · Politik

PAS tidak menerima sebarang usul berkaitan menamatkan hubungan kerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) untuk dibawa dan diputuskan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 pada 3 dan 4 Sept ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan, sebaliknya berkata terdapat PAS peringkat kawasan yang menghantar usul berkaitan mengukuhkan penyatuan ummah dan MN sejajar dengan pendirian parti itu, lapor Bernama.

“Kita ada 197 kawasan PAS di seluruh negara yang menghantar usul kepada PAS Pusat dan setakat ini kita belum memuktamadkan usul-usul diterima tanpa bahas dan usul-usul yang akan dibahaskan pada muktamar kali ini.

“Antara usul yang memang dibangkitkan ialah berkenaan MN tapi tidak lebih daripada kita menekankan isu penyatuan ummah dan setakat ini tiada usul diterima bercanggah dengan pendirian PAS,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata pendirian PAS berkaitan penyatuan ummah amat jelas yang bukan sahaja terhad dengan UMNO, tetapi juga parti lain dalam menjamin kestabilan politik demi kesejahteraan negara.

Takiyuddin berkata PAS juga sedang berusaha mencari jalan bagi mengelak pertembungan dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang dilihat akan merugikan dalam konteks penyatuan ummah.

“Kita masuk pilihan raya kita mahu menang, ada situasi apabila pertandingan lebih dua penjuru, kedua-dua pihak yang terlibat dalam penyatuan ummah ini kalah dan yang menang pihak ketiga, jadi saya boleh mengesahkan bahawa usaha untuk mengelakkan perkara itu menjadi keutamaan kita,” katanya.

Sementara itu, Takiyuddin berkata seramai 1,300 perwakilan akan menyertai muktamar tahunan kali ini yang akan berlangsung di Kompleks PAS Kedah di sini, yang bermungkinan menjadi muktamar terakhir parti itu sebelum PRU15 akan datang.

Selain itu, beliau berkata PAS turut menjemput wakil daripada semua parti komponen dalam Perikatan Nasional, pimpinan tertinggi UMNO serta pengerusi Gerakan Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita turut menjemput perwakilan daripada parti-parti politik luar negara terutama yang melibatkan gerakan Islam, wakil kedutaan di negara ini…bagaimanapun setakat ini semua jemputan belum ada lagi pengesahan kehadiran,” katanya.

Beliau berkata sejajar dengan muktamar kali ini, PAS turut mengadakan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat, Muktamar Dewan Ulama PAS, Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat, Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung PAS dan Konvensyen Assabiqun (veteran) PAS pada 1 dan 2 Sept.

Berita berkaitan
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
7 jam lalu· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
19 jam lalu· Politik
Penjelasan kes Zahid lebih kepada retorik politik cikgu dan anak murid
September 20, 2023· Politik
Permohonan akan dibuat untuk ketepikan tiga pertuduhan, kata peguam Muhyiddin
September 19, 2023· Politik
Popular
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
September 20, 2023
Lagi Politik terkini
Polis ambil keterangan Muhyiddin sekali lagi berhubung kempen PRK
7 jam lalu · Politik
Bekas guru calon PN di PRK DUN Pelangai
7 jam lalu · Politik
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
20 jam lalu · Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023 · Politik
Peliwat bergema di Dewan Rakyat, Radzi bidas ‘saya yakin kamu peliwat’ kepada PMX
September 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
3 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok