Tiada UMNO pun nasib agama, bangsa Melayu tetap dibela

February 1, 2023 · Politik

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin – yang dipecat daripada parti Jumaat lalu – berkata orang Melayu sekarang ini telah meninggalkan UMNO dan mencari parti lain yang mampu mengetengah dan membela nasib mereka.

Menurutnya orang Melayu kini tidak mahu lagi bergantung kepada UMNO untuk membela agama dan bangsa kerana ada parti lain yang juga boleh berbuat demikian.

“Malangnya orang Melayu sudah ‘move on’ daripada UMNO. Mereka tidak menganggap bahawa tanpa ada UMNO, isu bangsa dan agama tidak dibela. Mereka dah wadah-wadah yang lain… yang boleh memperjuangkan isu tersebut.

“Dan sebab itulah saya balik kepada fakta asal saya iaitu seharusnya UMNO buka (pintu) untuk pertandingan. Dapatkan mandat. Kalau yang menang itu… ya tetapi kena ada mandat.

“Sebab tanpa mandat daripada ahli, macam mana kita nak explain kepada rakyat terutamanya orang Melayu? Bahawa ini perubahan yang kita nak bawa.

“Orang Melayu sekarang ni kata alah you pun tak berani nak ada pemilihan untuk (jawatan) presiden dan timbalan presiden tak berani nak bawa perubahan, tak berani nak bagi hak kepada ahli untuk memilih pemimpin… apa perubahan yang you cakap,” katanya dalam temu bual bersama Awani malam tadi.

Tetap dengan pendirian bahawa pemecatannya daripada UMNO dilakukan secara tidak adil, bekas Ahli Parlimen Rembau itu menjelaskan beliau tidak menerima apa-apa notis atau surat tunjuk sebab supaya bertemu Lembaga Disiplin.

“Saya berpendapat bahawa pemecatan saya daripada UMNO ini tidak ada asas yang kukuh. Pertamanya ia tidak melalui proses yang adil. Semua pemecatan yang telah pun dilaksanakan baru-baru ini termasuklah penggantungan dilaksanakan tanpa diberikan notis… tidak ada surat tunjuk sebab… tidak dijemput untuk menghadap lembaga disiplin dan memberi keterangan tentang tuduhan melanggar disiplin.

“Tidak ada rumusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin… terus masuk ke Majlis Tertinggi (MT) tanpa diberitahu kepada kami dan terus dibuang ataupun digantung.

“Jadi apa yang dikatakan sebab dan asas-asas pemecatan saya, saya hanya tahu daripada media. Saya pun tak tahu macam mana nak jawab sebab sehingga hari ini tidak ada hitam putih apakah butiran kesalahan saya melanggar disiplin parti,” kataya lagi/

Bekas Menteri Kesihatan itu mengingatkan bahawa setiap organisasi memegang amanah dan keadilan untuk mengambil tindakan tatatertib jika melanggar disiplin parti.

Menurutnya proses keadilan itu mesti dilalui di mana individu yang telah dituduh diberi hak untuk menjawab sebagaimana asasnya di mahkamah apabila kita diberi peluang membela diri.

“Di sini (UMNO dan dalam kes beliau) tak ada. Jadi saya tak kisah sangatlah berkenaan apa yang bakal diperoleh.

“Tetapi maksudnya di sini UMNO sudah ketepikan proses yang sekian lama kita amalkan dalam UMNO untuk menunjukkan bahawa kita parti yang terbuka… parti yang adil dan parti yang pegang kepada keadilan umum,” katanya.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
16 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
7 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
18 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
18 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
19 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok