Tiada UMNO lama, Zahid bidas Ku Li

October 9, 2021 · Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini membidas hasrat Ahli Parlimen (MP) Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk mewujudkan kembali ‘UMNO lama’.

Menurut Zahid, ketika ini apa yang penting ialah bersatu padu dalam landasan sama dan hentikan perbezaan ideologi politik demi negara tercinta.

“Kami, tiada UMNO baru, tiada UMNO lama. Kami ambil perkiraan, semua peringkat umur termasuk veteran. Jika ada perbezaan pendapat, ini sering diraikan setiap kepimpinan.

“Saya tidak fikir perlunya semangat untuk hidupkan sesuatu parti yang telah diharamkan pada 1988.

“Semangat itu perlu disuntik dalam UMNO yang sekarang. Mari kita berpadu supaya kita dapat bergerak dalam landasan yang sama.

“Bukan UMNO, Barisan Nasional (BN) sahaja harus diperkukuhkan tapi tiba masanya kita hentikan perbezaan ideologi politik demi negara tercinta,” katanya dalam laporan Bernama.

Tengku Razaleigh atau Ku Li semalam dilaporkan mahu menghidupkan semula ‘UMNO lama’ yang diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1988.

Kata Ku Li, UMNO kini telah hilang taring dan dikhuatiri akan memberi kesan pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam pada itu, Zahid berkata kewujudan terlalu banyak parti politik akan menyebabkan rakyat muak dengan kepelbagaian ideologi, perbezaan pendapat yang akan membawa ekonomi negara terus dalam fasa ketidaktentuan.

Katanya, landskap politik negara seharusnya terus maju ke hadapan dengan mengelakkan penambahan parti politik.

“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, seseorang itu bebas untuk menubuhkan sebarang persatuan, pertubuhan mahupun parti politik.

“Tapi kita harus lihat jika negara kita mempunyai terlalu banyak parti politik, akan menimbulkan kepelbagaian dan tidak ada satu parti dominan yang menulang belakangi sistem demokrasi bagi membentuk kerajaan,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Reka bentuk pun belum siap, bagaimana Hisham boleh kata LCS akan siap setahun dua?
51 minit lalu· Isu semasa
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
20 jam lalu· Politik
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
21 jam lalu· Politik
Semua petugas SPR negeri sudah bersedia hadapi PRU-15, kata Pengerusi
August 9, 2022· Politik
Popular
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
August 9, 2022
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
1 jam lalu · Politik
Lebih baik GTA sertai PN
14 jam lalu · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
14 jam lalu · Politik
RUU antilompat parti tak terpakai kepada Ahli Dewan Negara: PM
22 jam lalu · Politik
UMNO Johor sedia tunggu berentap dengan Rafizi, kata Hasni
August 9, 2022 · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok