Tiada PRK DUN Melor: SPR

August 9, 2021 · Politik

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan tidak ada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.23 Melor, Kelantan.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata mengikut Perkara 46(5) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, kekosongan sesuatu kerusi DUN perlu diisi dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan.

“Seandainya kekosongan luar jangka itu dipastikan pada suatu tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh Dewan Negeri akan terbubar, mengikut Fasal (3), maka tiada keperluan mengisi kekosongan itu melainkan Speaker secara bertulis memberitahu SPR sebaliknya.

“Sehubungan itu, Speaker DUN Kelantan telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerusi DUN Melor kosong susulan penyandangnya Dr Md Yusnan Yusof meninggal dunia pada 30 April 2021.

Ikmalrudin berkata berdasarkan Proklamasi Darurat 2021 yang berkuat kuasa pada 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021 dan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, peruntukan Perlembagaan mana-mana negeri berhubung pilihan raya bagi pemilihan ke DUN tidak mempunyai kesan sepanjang tempoh darurat.

Pada PRU14 lalu, Allahyarham daripada Pas menang kerusi DUN Melor dengan memperoleh 7,820 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Azmi Ishak yang mendapat 7,173 undi dan Pakatan Harapan, Abdul Aziz Abdul Kadir memperoleh 2,122 undi.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Penjelasan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan
November 21, 2022
Sidang Khas Parlimen: 3 Ahli Parlimen positif Covid-19 semasa ujian calitan
July 24, 2021
Khairy bijak, terserah kepadanya untuk buat keputusan: Muhyiddin
January 28, 2023
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok