Tiada pemimpin UMNO hadir ke Muktamar PAS, pemimpin parti komponen PN hadir

September 3, 2022 · Politik

Walaupun sudah menjemput UMNO ke Muktamar Tahunan PAS Ke-68, bagaimanapun tidak ada seorang pemimpin utama parti itu yang hadir semasa persidangan hari ini.

Hari ini, Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyampaikan Ucapan Dasar dengan majlis dihadiri pemimpin utama parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN), Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Semasa ucapan dasarnya, Hadi berkata PAS berpendirian menolak sesiapa sahaja yang mengambil pendekatan yang terpesong daripada konsep ta’awun yang berlandaskan petunjuk al-Quran.

Tegasnya lagi, PAS tidak boleh memejamkan mata terhadap kemungkaran seperti rasuah, politik wang, politik mahu jawatan, salah laku dan salah urus kerana meraikan kemungkaran semata-mata menjaga hati dan kepentingan yang salah sehingga meninggalkan prinsip.

“PAS memperkenal pendekatan mengikut petunjuk al-Quran berkonsepkan Keluarga Malaysia Masyarakat Majmuk. PAS menolak sebarang agenda perpaduan kaum yang sempit dan mempunyai wawasan yang terhad.

“Pada masa sama, PAS sedia berbincang dengan semua pihak yang menunjukkan tanda keikhlasan untuk mencari jalan penyelesaian supaya kembali kepada Islam.

“Hal ini penting bagi mengatasi masalah umat yang besar, bukan sekadar agenda politik yang sempit, jangka masa pendek dan tidak beristiqamah bersama Islam,” katanya.

Hadi bagaimanapun tidak menyentuh secara langsung isu kerjasama parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO.

Hadi turut menjelaskan berkata, kerjasama dalam perpaduan mempunyai sempadan dan hanya dalam perkara kebaikan serta takwa berlandaskan tali Allah (Islam) yang menegakkan keadilan, melakukan kebajikan dan meninggalkan yang salah.

Katanya, disebabkan itu jika seseorang itu berdosa dan insaf, dibuka pintu taubat dan pengampunan ke atasnya.

Beliau berkata, perpecahan dalam kalangan parti Melayu menyebabkan umat menjadi lemah sehingga kehilangan kuasa politik bagi memerintah negara.

Jelasnya lagi, PAS bertanggungjawab mengajak perpaduan umat untuk melakukan Islah atau pembaharuan daripada kesilapan kerajaan terdahulu dan berusaha menyatukan parti Melayu Islam.

Katanya, PAS itu juga mahu menyatukan kalangan bukan Islam yang tidak esktrem bagi membentuk sebuah negara masyarkat majmuk yang sejahtera pada masa hadapan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi menentukan bentuk kerjasama itu, mandatnya diserah kepada Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat untuk membuat penelitian dan keputusan dalam urusan berkaitan hukum, dasar dan strategi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Segala kemungkinan selepas pilihan raya juga akan ditentukan demi memastikan Islam terus memimpin, termasuk urusan penentuan kerusi dan calon dalam menghadapi PRU-15.

“PAS terus berpegang teguh dengan akidah Islamiah dan memilih pendekatan demokrasi dengan menyertai semua pilihan raya, walaupun tidak dinafikan masih terdapat banyak kelemahan dan salah laku seperti penipuan, politik wang dan rasuah.

“Dalam hal ini, PAS tetap mendahulukan pendekatan damai, politik berdakwah dan memainkan peranan mengilmukan masyarakat yang tenggelam dalam kejahilan terhadap Islam serta ketinggalan dalam kefahaman politiknya,” katanya.

Berita berkaitan
Kutipan dana Jamal untuk bayar kes saman fitnah cecah RM300,000
6 jam lalu· Politik
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
9 jam lalu· Isu semasa
Tak pernah bincang Zahid jadi calon PM, kata Naib Presiden UMNO
10 jam lalu· Politik
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
11 jam lalu· Politik
Popular
Tak pernah bincang Zahid jadi calon PM, kata Naib Presiden UMNO
September 26, 2022
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
September 26, 2022
Kutipan dana Jamal untuk bayar kes saman fitnah cecah RM300,000
September 26, 2022
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022
Lagi Politik terkini
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
16 jam lalu · Politik
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
20 jam lalu · Politik
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022 · Politik
PH berhaluan kiri, mentaliti UMNO pula rasuah, kleptokrasi: Wan Saiful
September 25, 2022 · Politik
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
September 25, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
8 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok