Tiada parti yang ada majoriti, kata ahli MT UMNO

August 17, 2021 · Politik

Seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mendakwa tiada mana-mana parti politik ketika ini yang memiliki majoriti untuk wakil mereka dilantik sebagai Perdana Menteri baharu.

Johari berkata bukan sahaja parti politik tidak memiliki majoriti, malah gabungan parti politik yang ada ketika ini juga hakikatnya tiada majoriti yang jelas untuk membentuk kerajaan di Putrajaya.

“Hakikatnya adalah tiada parti politik yang ada sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“Juga tiada gabungan yang mampu mendapat sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan,” katanya lapor Utusan Online.

Menurut Johari, jika Perdana Menteri baharu dilantik sekali pun ia berkemungkinan majoriti tipis dan senario kemelut politik yang sama boleh berulang serta ia akan menjejaskan kestabilan politik negara semula.

“Sekalipun mereka berjaya memperolehi majoriti mudah, kemungkinan besar ia amat tipis.

“Majoriti sedemikian akan terlalu rapuh bagi mana-mana pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan.

“Tambahan pemimpin berkenaan terpaksa “menguruskan” agenda politik dan peribadi setiap parti dan pemimpin yang membentuk gabungan kerajaan berkenaan.

“Ini hanya akan menambah beban perdana menteri (baharu) seperti yang terjadi pada pentadbiran sebelum ini,” katanya.

Johari berkata, pentadbiran baharu perlu memberikan tumpuan kepada empat perkara, iaitu wabak Covid-19, kesihatan dan kesejahteraan rakyat, pengurusan kewangan kerajaan dan pemulihan ekonomi.

Keutamaan segera kini adalah menggiatkan usaha vaksinasi untuk mencapai imuniti kelompok, katanya.

“Negara kita perlu ‘berehat’ daripada naratif politik semasa,” katanya.

Beliau menggesa semua pemimpin politik dan wakil rakyat mengutamakan negara dan mengetepikan ideologi parti serta cita-cita peribadi bagi mencapai konsensus (dalam pelantikan Perdana Menteri) secepat mungkin.

Berita berkaitan
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
10 jam lalu· Isu semasa
Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara
12 jam lalu· Politik
Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan
13 jam lalu· Politik
Mangsa banjir di Johor meningkat lagi pada tengahari, Mat Maslan mana?
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan
October 3, 2022
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
October 3, 2022
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
October 3, 2022
Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara
October 3, 2022
Lagi Politik terkini
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
15 jam lalu · Politik
Perlu kebenaran penjara jika Najib mahu hadir ke Parlimen: Speaker
16 jam lalu · Politik
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
17 jam lalu · Politik
Zahid kata keputusan pecat dan gantung ahli supaya UMNO harmoni
17 jam lalu · Politik
Kalau tak semua mungkin tempat tertentu, PAS berunding kerusi dengan UMNO
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
10 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok