Tiada MoU 2.0 akan disambung, kata UMNO kepada PH yang terhegeh-hegeh

July 20, 2022 · Politik

UMNO memberi kata dua kepada blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) yang kemaruk mahu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyambung memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik lagi.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata PH sepatutnya sedar dengan ketetapan yang sudah dimuktamadkan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan kepentingan rakyat adalah lebih penting daripada kepentingan pembangkang.

“MT UMNO putuskan tiada lagi lanjutan kepada MoU antara Kerajaan dan PH. Kami menganggap apabila MoU sebut tidak boleh bubar Parlimen sebelum 31 Julai 2022, maka itulah tarikh tamat MoU.

“Pimpinan tahu tentang keputusan MT ini dan sudah diumum pun kepada orang ramai. #RakyatDidahulukan bukan PH,” katanya dalam satu ciapan Twitter.

Terdahulu, PH memberi isyarat akan masih menyokong kerajaan Ismail Sabri dan bersedia untuk menimbang menyambung MoU 2.0.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata MoU yang ditandatangani sebelum ini tidak semestinya berakhir hujung bulan ini, malah menyatakan komitmen untuk menyambungnya walaupun UMNO sudah membuat ketetapan kepada Ismail Sabri agar tidak menyambungnya lagi.

“Saya ada berbincang dengan Perdana Menteri baru-baru ini mengenai MoU ini sebab mereka perlu melaksanakannya, setakat ini Akta Antilompat Parti sudah dipersetujui, ada kita berbincang mengenai tadbir urus dan penyelewengan yang menjadi antara kebimbangan utama.

“Namun, kita perlu bincang di peringkat PH, lagipun kita baru sahaja ada barisan kepimpinan baharu di DAP dan kini di PKR. Tetapi dari segi ketetapan MoU, ia tidak semestinya perlu berakhir bulan ini atau sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU-15),” katanya sebelum ini.

Terdahulu, UMNO sudah membuat ketetapan dan meminta Ismail Sabri supaya tidak menyambung MoU dengan pembangkang yang akan berakhir 31 Julai ini.

Malah, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga berkali-kali sudah memberi isyarat kepada Ismail Sabri agar segera membubarkan Parlimen bagi memberi laluan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan.

Bagaimanapun, difahamkan sehingga hari ini masih belum ada perbincangan antara lima pemimpin tertinggi UMNO diadakan untuk mencari tarikh PRU, ia walaupun semasa Perhimpunan Agung Khas sebelum ini ketetapan sudah dibuat supaya “Top 5” berunding.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Pengundi muda ubah landskap politik negara?
November 10, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
16 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
16 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok