Tiada masalah untuk pemuda sokong DAP dalam PRN, kata Naib Pemuda UMNO

May 23, 2023 · Politik

Tiada masalah bagi pemuda untuk memberi sokongan kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP, kata Mohd Hairi Mad Shah.

Naib Ketua Pemuda UMNO, itu berkata senario politik negara sudah berubah tidak seperti dahulu lagi kerana golongan anak muda sudah celik politik dan boleh menerima untuk menyokong DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Untuk orang muda, saya rasa tiada masalah (undi calon DAP). Ini kerana negara sedang berdepan hala tuju dan dunia baharu dalam politik tempatan, ini adalah satu dinamik baharu.

“Undi memang rahsia, tetapi saya harap anak muda dapat lihat momentum kerajaan hari ini untuk memacu negara ke arah lebih baik. Jadi, biarlah mereka mengundi calon yang tujuannya untuk mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.

“Sentimen yang dimainkan generasi terdahulu seperti Melayu rasis, Cina rasis itu sudah hilang selepas kita bekerjasama. Kini, masing-masing dilihat memahami satu sama lain, isu kecil tidak perlu diperbesarkan,” katanya dipetik laporan BH.

Mohd Hairi berkata kepada media selepas menyempurnakan Jelajah Sektor Perkhidmatan serta Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) Johor 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada hari ini.

Terdahulu, Mohd Hairi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, yang menggesa penyokong parti itu mengundi calon DAP pada PRN.

Mohd Hairi berkata, parti pembangkang juga tidak perlu menjadikan isu terbabit sebagai isu politik.

Berita berkaitan
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
7 jam lalu· Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
8 jam lalu· Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
8 jam lalu· Politik
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023· Politik
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
June 2, 2023
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Dana judi : Parti politik disiasat jangan panik, kata Azalina
16 minit lalu · Politik
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
1 jam lalu · Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
5 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
5 jam lalu · Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok