Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang

June 9, 2023 · Politik

DAP tiada masalah untuk memberi jawatan Exco kerajaan negeri kepada UMNO sekiranya terdapat calon mereka memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang nanti.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata UMNO perlu memastikan calon mereka terlebih dahulu menang PRN nanti jika mahu dilantik bagi jawatan Exco apabila tertubuhnya kerajaan negeri yang baharu.

“Ia tertakluk kepada keputusan, jika tiada orang (wakil UMNO) menang, mereka tidak dapat berada dalam barisan exco sebab kita tidak ada undang-undang untuk melantik ahli baharu tanpa menang dalam pilihan raya (negeri).

“Ini hakikat politik, UMNO perlu menang,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas Program The Stem Talent Development Initiatives By Persatuan Alumni Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Confucian di Pulau Pinang.

Jelasnya, sekiranya tiada wakil UMNO yang menang dalam PRN nanti kerajaan negeri tidak mempunyai undang-undang untuk melantik Exco baharu yang bukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Kon Yeow mengulas desakan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mengingatkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melantik wakil UMNO ke exco kerajaan di negeri-negeri yang ditadbir gabungan itu selepas PRN akan datang.

Zahid memberitahu Anwar bahawa UMNO akan mempertahankan penguasaan PH di Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan, walaupun tiada wakil UMNO dalam exco tiga negeri itu meskipun bersama dalam kerajaan perpaduan.

“Anwar jangan lupa kita mahu wakil UMNO dalam ketiga-tiga kerajaan negeri itu,” katanya dalam ucapan dasar Presiden di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Kon Yeow, tiada masalah melantik wakil UMNO sebagai Exco negeri kerana ia selari dengan permuafakatan yang dicapai untuk menubuhkan kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

“Jadi permuafakatan dan kerjasama ini akan diteruskan menjelang PRN dalam keenam-enam negeri ini, ia tertakluk kepada keputusan (PRN).

“Maka apa yg dinyatakan oleh Presiden UMNO merupakan satu kenyataan yang menggambarkan senario politik terkini yang membawa parti-parti dalam satu gabungan baharu,” katanya.

Berita berkaitan
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023· Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
12 jam lalu· Politik
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023· Politik
Popular
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
10 jam lalu · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
19 jam lalu · Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023 · Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023 · Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok