Tiada masalah ahli UMNO undi DAP, kata Mahdzir

May 21, 2023 · Politik

Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mempertahankan kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menyeru ahli parti itu untuk mengundi calon DAP pada PRN akan datang.

Menurut Mahadzir, tidak sebarang isu untuk ahli UMNO mengundi calon DAP memandangkan BN dan DAP kini berada dalam kerajaan perpaduan.

“Itu yang disebut pilihan raya. Apabila kita sudah duduk dalam Kerajaan Perpaduan ini, PH gabung BN. Mana-mana parti dalam PH, begitu juga parti dalam BN sudah jadi gabungan. Ia jadi sama.

“Jadi, saya fikir tidak jadi satu kesalahan. Jadi, tidak ada isu untuk mereka undi DAP sama seperti yang dinyatakan Ahmad,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penutup Konvensyen Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah 2023 di Ampang Business Center (ABC), Ampang Jajar, di Alor Setar, hari ini.

Kelmarin, Ahmad Maslan yang juga timbalan menteri kewangan dilaporkan berkata pengundi UMNO perlu memilih calon daripada kerajaan perpaduan pada PRN tanpa mengira calon tersebut daripada parti mana termasuk DAP.

Menurut beliau, gesaan tersebut bukan atas nama parti tertentu sebaliknya atas nama kerajaan perpaduan serta titah Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga kestabilan politik negara.

Semalam, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching turut menyeru ahli dan penyokong DAP memberi sokongan dan undi kepada calon UMNO pada PRN di enam buah negeri nanti.

Berita berkaitan
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
June 7, 2023· Politik
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
32 minit lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
41 minit lalu· Politik
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
54 minit lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
11 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
11 jam lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
13 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
14 jam lalu · Politik
Pihak sokong Proklamasi Melayu kerjasama masa pilihan raya
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok