Tiada krisis dalaman walaupun selepas Tajuddin disingkir: Mahdzir

June 26, 2022 · Politik

UMNO tidak berdepan krisis dalaman walaupun dengan penyingkiran Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman daripada Majlis Tertinggi (MKT).

Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan tindakan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyingkir Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu bakal menimbulkan konflik dalaman dan dakwaan kononnya wujud puak tertentu dalam parti adalah tidak benar.

“Tidak ada apa-apa krisis. Kalau nak krisis, ia akan jadi puak.

“Jadi pasukan, itu barulah krisis. Ini tidak jadi puak apa-apa pun,” katanya dipetik laporan media.

Tajuddin yang disingkir digantikan tempatnya dengan pengikut Datuk Seri Najib Razak, Isham Jalil.

Pada mesyuarat MT Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak hadir dan ia menimbulkan spekulasi berlakunya protes terhadap tindakan dikenakan ke atas Tajuddin yang diketahui sering membelanya dalam mesyuarat badan tertinggi parti itu.

Tajuddin digugurkan daripada MT UMNO pada Khamis lalu.

Zahid berkata pengguguran Tajuddin disebabkan tindak-tanduk beliau ketika mengkritik parti.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
17 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Perikatan Nasional umum 23 muka baharu di Kelantan, Menteri Besar pertahan kerusi
July 28, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok