Tiada kerjasama dengan GTA, tidak ada PN Plus hadapi PRU: Muhyiddin

October 27, 2022 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perikatan Nasional (PN) membuat keputusan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sendirian yang hanya melibatkan parti komponen sedia ada sahaja, bukannya PN Plus..

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi PN menafikan sebarang perbincangan sedang berjalan dengan gabungan parti dalam Gerakan Tanah Air (GTA) bagi menghadapi pilihan raya 19 November depan.

Pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PN di ibu pejabat Bersatu hari ini (27 Oktober 2022), Muhyiddin berkata PN tidak mempunyai perbincangan dengan GTA.

“Tak ada langsung perbincangan (dengan GTA)… kita putuskan untuk meneruskan atas inisiatif gabungan sedia ada sahaja.

“Bukan tak nak bekerjasama tetapi kita putuskan untuk buat apa yang kita susun sejak awal, masing-masing akan teruskan dengan agenda PN, bukan PN Plus dan sebagainya,” katanya menurut Awani.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menafikan dakwaan terdapat perbincangan yang belum dimuktamadkan dengan GTA kerana beberapa isu yang belum selesai.

“Saya tak tahu di mana ada perundingan kerana ia tak sampai ke peringkat tertinggi. Bagi saya, ia tak penting kerana di peringkat parti tak ada perbincangan rasmi, mungkin ada hajat sahaja,” tambah beliau.

Terdahulu, Pengerusi GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan rundingan dengan PN sedang berjalan untuk menentukan bentuk kerjasama termasuk kemungkinan memastikan calon mereka tidak bertindih.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berharap rundingan tersebut dapat dimuktamadkan dalam tempoh dua hari dari sekarang.

Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan PN telah berjaya memuktamadkan pembahagian kerusi antara parti komponen PN dan ia akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.

“Kita sudah buat peraturan setiap kawasan, bilik gerakan dan operasi adalah atas bumbung PN.

“Kita akan keluarkan arahan agar parti komponen saling membantu, ini untuk memperkukuh langkah jentera kita dan paling penting dapat kemenangan ikut kawasan masing-masing,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
34 minit lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
20 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
20 jam lalu· Rencana
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
5 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
13 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
15 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok