Tiada erti kerjasama dengan parti lain jika BN menang besar: Zahid

March 12, 2022 · Politik

Jika Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor malam ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak ada erti lagi untuk mereka bekerjasama dengan parti politik lain.

Pengerusi BN itu berkata kemenangan dua pertiga pada PRN Johor bermakna mereka tidak lagi perlu untuk bekerjasama dengan parti politik lain, ia memandangkan sudah selesa dengan kemenangan besar yang menjadi milik gabungan itu.

“Setakat ini kami masih buka pintu dan kita sentiasa berlapang dada, berfikiran terbuka untuk kita bersama dengan mana-mana parti yang didaftarkan.

“Tetapi kalau insya-Allah kita dapat dua pertiga, saya fikir kerjasama tidak bererti,” katanya dipetik laporan portal Malaysiakini di pusat gerakan BN di Johor Bahru.

Bagaimanapun, Zahid berkata BN akan menimbang untuk memberi peruntukan yang sama rata kepada calon parti lain yang menang PRN Johor atas alasan mereka juga dipilih oleh rakyat negeri tersebut.

“Mungkin ada suatu perbincangan perlu diadakan untuk kita turut memberi peruntukan kepada semua ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) di negeri Johor yang dipilih oleh rakyat.

“Dan ini adalah satu penanda aras untuk kita memelihara, bahawa walaupun kita menang dengan majoriti yang baik tetapi kita masih menghargai ADUN dipilih oleh para pengundi dan rakyat,” katanya.

Menurut kemas kini terakhir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jam 4 petang tadi, peratus mengundi adalah pada kadar 50 peratus.

Sebanyak 1,021 pusat mengundi dibuka bermula 8 pagi untuk proses pengundian hari ini.

Sebanyak 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Pada PRN Johor kali ini, seramai 239 calon daripada 15 parti politik bertanding merebut 56 kerusi DUN.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok