Tiada desakan kepada PM supaya PRU-15 disegerakan, kata pemimpin UMNO

August 25, 2022 · Politik

UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk segera mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) walaupun terdapat spekulasi pucuk pimpinan parti mahu ia disegerakan selepas keputusan mahkamah Datuk Seri Najib Razak.

Malah, sejak Najib dijatuhi hukuman penjara pada Selasa, beberapa strategi dan langkah memanggil perhimpunan bagi memberi taklimat kepada akar umbi UMNO seakan memberi isyarat terdapat usaha untuk diberitahu kepada Ismail Sabri agar mempercepatkan PRU-15.

Bagaimanapun, seorang Ketua Bahagian Besut, Datuk Nawi Mohamad menafikan Ismail Sabri didesak untuk segera membubarkan Parlimen seperti didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, Nawi berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya mengarahkan semua Ketua Bahagian bersiap sedia menghadapi PRU-15 yang dijangka diadakan bila-bila masa.

“Pada mesyuarat tergempar itu, semua Pengerusi UMNO negeri diminta untuk membentangkan laporan persiapan yang sudah dilakukan untuk menghadapi PRU-15.

“Pembentangan persiapan itu akan diadakan pada sesi taklimat khas presiden bersama semua pimpinan parti dan ahli jawatankuasa (AJK) bahagian, Sabtu ini,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Ketua-Ketua Bahagian UMNO berhimpun pada Isnin selepas dipanggil Zahid ke taklimat di ibu pejabat parti sehari sebelum Najib dihukum penjara.

Kemudiaan, selang beberapa hari selepas Najib disumbat ke penjara, Zahid sekali lagi memanggil satu lagi jemputan kepada pemimpin akar umbi UMNO ke taklimat pada Sabtu ini.

Namun, Nawi menafikan terdapat dakwaan mengatakan Ismail Sabri didesak supaya mengadakan PRU-15 segera selepas pertemuan Zahid dengan Ketua-Ketua Bahagian pada Isnin lalu.

“Kita menafikan mendesak Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO segerakan PRU-15, cuma kita hanya memberi pandangan dan cadangan,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii juga senada dengan Nawi yang memberitahu fokus parti tersebut kini tertumpu kepada mesyuarat UMNO sebelum Perhimpunan Agung diadakan pada November depan.

“Taklimat itu antaranya bagi persiapan mesyuarat. Kita akan bermesyuarat sehingga hujung tahun ini tanpa ada pemilihan parti, jadi ia akan dilaksanakan tanpa agenda lain kerana kita mahu fokus pada PRU-15.

“Saya fikir presiden akan memberikan taklimat kepada akar umbi mengenai perkara itu dan persediaan kita menjelang PRU-15,” katanya dipetik laporan media.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan jemputan rasmi kepada semua ahli akar umbi parti untuk turut serta dalam taklimat pada Sabtu ini.

Tanpa menjelaskan secara terperinci tujuan taklimat itu diadakan, katanya, ia berhubung “isu semasa terkini”.

Jemputan itu turut dipanjangkan kepada semua ahli jawatankuasa dan pimpinan UMNO bahagian yang ingin hadir.

Hadirin diminta berbaju merah Umno untuk menghadiri taklimat khas itu.

Dalam perkembangan lain, UMNO juga akan mengadakan satu mesyuarat Biro Politik malam tadi yang turut dihadiri Ismail Sabri.

Berita berkaitan
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
2 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
2 jam lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok