Tiada autonomi PAS negeri bekerjasama dengan UMNO

August 30, 2022 · Politik

PAS sekali lagi mengingatkan UMNO bahawa parti itu tidak akan memberi autonomi kepada Perhubungan PAS negeri untuk mengadakan kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jika UMNO berhasrat mengadakan kerjasama, ia mesti dilakukan di seluruh negara, bukannya melibatkan kawasan atau negeri tertentu.

Pendekatan yang sama, katanya digunakan di kubu kuat PAS di negeri-negeri Pantai Timur dan Pantai Barat.

“Setakat ini kita tak ada autonomi. Bermakna bahawa polisi kita adalah sama, (di) Pantai Timur atau Pantai Barat, sama. Tak ada autonomi untuk setiap negeri, tetapi fleksibiliti untuk memilih rakan dalam politik, itu kita ambil kira kekuatan yang ada.

“Sebagai contoh, kalau kita nak menang di Selangor, kalau PAS dengan UMNO tak berpakat saya rasa akan kekal pada PH. Jadi UMNO pun tahu situasi itu dan UMNO nak pakat dengan PAS di Selangor,” katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata tawaran UMNO untuk bekerjasama dengan PAS mesti diperluas ke seluruh negara dan bukannya di negeri-negeri tertentu.

Pada masa sama beliau menegaskan, kerjasama itu juga perlu melibatkan Bersatu, sebagai parti komponen Perikatan Nasional (PN), untuk menyatukan semua parti utama Melayu-Islam.

“Saya beritahu, kalau nak pakat, pakat satu negara. You tak boleh pakat tempat you suka, tempat you tak suka you lawan, mana boleh. Di Kelantan, Terengganu nak lawan Pas tapi di Selangor nak kawan, mana boleh.

“Kalau nak kawan, kawan betul-betul. Kalau nak lawan, lawan betul-betul,” katanya dalam wawancara bersama saluran Youtube FengRenGuan.

Pada Mei lalu, Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar berkata UMNO dan PAS akan mengelak daripada bertanding di kerusi yang sama di negeri itu, dengan harapan untuk menumbangkan Pakatan Harapan.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata, dengan strategi itu, UMNO dan PAS menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 30 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Demikian juga, UMNO Kedah menzahirkan harapan tinggi agar kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) tidak berakhir dan dapat diteruskan termasuk dalam berhadapan dengan PRU-15.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz menegaskan bahawa semua pihak juga perlu mencari jalan untuk memastikan gabungan itu terus utuh bukan sahaja di Kedah malah di negeri-negeri lain di Malaysia.

“Namun saya seperti sediakala, sentiasa berkata UMNO dengan PAS ni janganlah berpecah, saya nak kalau boleh, semua pihak berusaha keras memastikan gabungan asal MN itu menjadi kenyataan.

“Namun saat-saat ini saya melihat bahawa ada sedikit gangguan pihak-pihak tertentu, pucuk pimpinan di atas dan sebagainya, ini amat menyedihkan.

“Tetapi, saya masih memberi harapan, berharap sangat supaya PAS dan UMNO ni jangan berpecah, bukan hanya di Kedah namun di seluruh negara,” katanya di Jerlun, hari ini.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
7 jam lalu· Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
15 jam lalu· Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
16 jam lalu· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
16 jam lalu· Isu semasa
Popular
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
7 jam lalu · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
7 jam lalu · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
16 jam lalu · Politik
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023 · Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
6 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok