Teruskan pemilihan PKR, cadangan Rafizi ditolak calon yang bertanding

May 16, 2022 · Politik

Cadangan penangguhan pengundian yang dilontar Rafizi Ramli ditolak beberapa calon bertanding dalam pemilihan PKR yang sedang berlangsung.

Rafizi yang juga calon Timbalan Presiden PKR sebelum ini menggesa agar Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) menangguhkan pengundian fizikal pemilihan parti selepas terdapat masalah teknikal dikesan sehingga menimbulkan kekecohan semasa proses pengundian berlangsung.

Bagaimanapun, majoriti calon lain yang bertanding bagi jawatan parti menolak cadangan Rafizi, antaranya calon Naib Presiden PKR Fahmi Fadzil tidak bersetuju dengan cadangan tersebut atas alasan ia sudah berlangsung hampir “separuh jalan”.

“Kalau selesai pemilihan hari ini, maksudnya 10 negeri dah selesai mengundi, cuma tinggal empat negeri lagi. Saya lihat isu pengurusan boleh diselesaikan,” katanya dipetik laporan media.

Untuk rekod, semasa hari pertama pemilihan PKR 13 Mei lalu berlangsung, dilaporkan lima daripada 14 bahagian di Kelantan terpaksa menangguhkan pengundian disebabkan masalah teknikal.

Sementara itu, seorang lagi calon Naib Presiden PKR Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak juga tidak bersetuju pemilihan ditangguhkan kerana melibatkan persediaan, kos dan orang ramai.

“Saya lihat proses pemilihan masih lancar. Saya lihat JPP pun buat penambahbaikan kepada sistem yang ada, jadi tak nampak perlu tangguh, jadi kena diteruskan,” katanya.

Farhash yang juga calon ketua bahagian Gombak berkata, sebelum pengundian, beliau telah menyemak data pengundi kawasan berkenaan sebelum menyerahkannya kepada JPP bagi mengelak masalah teknikal berlaku.

“Saya nak cadangkan sebelum diadakan pemilihan, bahagian keanggotaan perlu bersihkan data supaya ia kemas kini,” katanya.

Terdahulu, Rafizi dilaporkan sudah menghantar bantahan secara rasmi berhubung masalah sistem pengundian melalui aplikasi undian fizikal, ADIL, yang digunakan semasa Pemilihan PKR 2022 yang sedang berlangsung.

Rafizi mendakwa langkah membuat bantahan kepada JPP tersebut memandangkan terdapat kelemahan dalam sistem tersebut dan bimbang terdapat pihak yang mengambil kesempatan.

“Mohon ambil maklum supaya tidak ada pihak yang akan mengambil kesempatan,” katanya dalam kenyataan di akaun Twitter.

Melalui surat bantahan yang dilampirkan, Rafizi menyatakan, beliau memahami kelemahan berkenaan berpunca daripada keputusan pimpinan parti yang berkeras untuk menjalankan pemilihan, sedangkan tempoh masa yang diberikan kepada JPP tidak mencukupi.

“Sebagai seorang usahawan ‘tech’ yang memperkenal beberapa produk dan aplikasi teknologi di Malaysia dan rantau Asia Tenggara, saya faham masa yang diberikan kepada JPP (sekitar dua hingga tiga bulan) tidak mencukupi untuk membangunkan dan menguji aplikasi pengundian ADIL dengan sepenuhnya.

“Aplikasi undian ADIL sewajarnya diuji dengan jumlah pengguna yang jauh lebih besar, berbanding keadaan sekarang, sistem yang dipakai tanpa diuji secara menyeluruh,” katanya lagi.

Berita berkaitan
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
PKR berharap Azalina dilantik jadi Yang di-Pertuan Dewan Rakyat
September 3, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok