‘Terserah kepada UMNO Kelantan putus hubungan dengan PAS’

January 23, 2022 · Politik

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan UMNO Kelantan memutuskan hubungan kerjasama dengan PAS tiada kaitan dengan dirinya.

Malah, katanya UMNO negeri itu pernah menyuarakan hasrat untuk berbuat demikian pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) sebelum ini.

“Perkara itu tidak kaitan dalam pertemuan dengan UMNO negeri,” katanya diminta mengulas sama ada keputusan itu dibincangkan ketika beliau mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan UMNO negeri semalam.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, mengumumkan UMNO Kelantan mengambil keputusan memutuskan hubungan kerjasama dengan PAS negeri itu berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata keputusan yang dibuat itu setelah PAS Kelantan yang kekal menjalin kerjasama dengan Bersatu.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam setelah Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri di Kota Bharu. Berita berkaitan

Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata MT menyerahkan kepada kebijaksanaan UMNO Kelantan untuk menentukan masa depan parti itu di negeri berkenaan.

“Selagi keputusan tidak merugikan UMNO dan itu yang dirasakan terbaik untuk kekuatan UMNO di Kelantan, kita kata ‘go ahead’ (teruskan).

“Setiap negeri mempunyai pandangan berbeza berdasarkan negeri masing-masing. Padangan di Pahang mungkin berbeza di Kelantan atau di Terengganu yang berlainan daripada Selangor.

“Ada yang mahu bekerjasama dan ada yang tidak, dan ada juga yang masih hendak berbincang,” katanya hari ini.

Berita berkaitan
Ahli UMNO kena berlapang dada terima kehadiran PKR, DAP
11 minit lalu· Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
3 jam lalu· Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
4 jam lalu· Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
6 jam lalu· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
3 jam lalu · Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
8 jam lalu · Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
9 jam lalu · Politik
PN akan jadikan P. Pinang mampu didiami orang miskin dan kaya: Sanusi
10 jam lalu · Politik
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
15 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok