Terpulang kepada Zahid untuk bersumpah, kata Muhyiddin

February 22, 2022 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan bersumpah laknat berhubung dakwaannya bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta bantuan beliau untuk menyelesaikan kes mahkamah dihadapi Presiden UMNO itu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata adalah menjadi hak Zahid untuk bersumpah kerana apa yang didedahkannya adalah sesuatu yang benar, malah mempunyai saksi.

Menurutnya pendedahan beliau itu bukan sesuatu yang direka semata-mata kerana politik atau untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, tetapi adalah sesuatu yang haq (benar).

“Saya sekarang ini bercakap yang benar… nak bercakap pada rakyat, jangan bohong dan ada bukti dah… malam itu saya dah tunjukkan buktinya…tapi kalau dia nak sumpah berapa kali sumpah, sumpahlah… kita serah pada dialah.

“Saya tidak… saya tak pernah berbohong… apa yang saya sebut itu adalah satu yang haq (benar)… yang betul walaupun yang betul itu kadang-kadang pahit didengar.

“Jadi saya sebut itu adalah haq… satu yang benar. Bukan satu yang direka, hanya sengaja kerana politik dan pilihan raya. Apa situasi sekarang pun, kita akan nyatakan perkara yang betul. Dan harap rakyat faham apa yang dimaksudkan itu,” katanya menjawab soalan wartawan pada sidang media selepas mesyuarat Majlia Pemulihan Negara (MPN) hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan mengatakan Zahid membawa fail meminta bantuan menyelesaikan puluhan kes mahkamah dihadapi Presiden UMNO itu.

Pada 18 Februari lalu, Muhyiddin berkata beliau mempunyai bukti bahawa Zahid pernah membawa timbunan fail pertuduhan terhadapnya.

Pada ketika itu, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Mohamad Azmin Ali boleh menjadi saksi beliau sekiranya ada pihak yang cuba menafikan dakwaan tersebut.

“Apa yang saya sebutkan memang benar berlaku sebab Zahid ada tunjuk satu fail yang bertimbun dan dia minta bantu selesaikan masalah.

“Saksinya ada di sini Azmin Ali dan Abdul Hadi ada datang ke rumah saya, Zahid ada waktu zaman kita baik dahulu bawa fail. Kalau orang tanya apa saksi, itu ada saksi bahawa itu adalah kenyataan yang betul,” kata Muhyiddin.

Bagaimanapun, Zahid menafikan pernah berjumpa Muhyiddin ketika Presiden Bersatu itu menjadi Perdana Menteri untuk meminta tolong dilepaskan daripada tuduhan mahkamah.

“Apatah lagi dengan membawa timbunan fail seperti yang didakwa dan minta untuk dilepaskan.

“Bagi membuktikan kebenaran ini, saya sanggup dan bersedia untuk melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat TSMY ke atas saya.

“Jadi saya ingin bertanya, adakah beliau juga bersedia dan sanggup untuk melakukan perkara yang sama? Iaitu bersumpah laknat bagi mengesahkan tuduhan jahat beliau ke atas saya?,” kata Zahid.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata pembahagian kerusi PRN Johor dalam kalangan anggota komponen PN juga telah selesai dan akan diumumkan 24 Februari ini di Johor.

“Dah selesai antara parti-parti dalam PN dah selesai dah. Malahan nama-nama calon pun dah dikemukakan. Kita dalam peringkat akhir rating dan kita akan umumkan pada 24 Februari yang akan dibuat secara rasminya di Johor nanti,” katanya.

Berita berkaitan
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
9 jam lalu· Isu semasa
UMNO Terengganu berkempen untuk calon sendiri, bukan PAS
16 jam lalu· Politik
Kenyataan Muhyiddin disalah tafsir, kata Ketua Sayap Bersekutu Bersatu
19 jam lalu· Politik
Semoga sempat bentang sebelum bubar, kata Ketua Pemuda PAS
19 jam lalu· Politik
Popular
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
September 28, 2022
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
September 28, 2022
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
September 28, 2022
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
8 jam lalu · Politik
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
11 jam lalu · Politik
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
12 jam lalu · Politik
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
14 jam lalu · Politik
BN musuh Bersatu: Lihat kenyataan Muhyiddin dari sudut politik, PRU
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok