Terpalit kes gangguan seksual, wanita kecewa PH calonkan Faiz Fadzil

October 22, 2022 · Politik

Setiausaha PKR Batu, Yuslaini Azmi melahirkan kekecewaan terhadap pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang mencalonkan pemimpin AMANAH, Faiz Fadzil pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kata Yuslaini, tindakan PH itu memberi persepsi tidak baik kepada parti.

“Saya hairan dengan sikap Majlis Presiden PH yang diam membisu sedangkan dia (Faiz) kini adalah ADUN Permatang Pasir dan sedang berhadapan isu mahkamah.

“Walaupun perbicaraan ini masih belum berjalan tetapi ia memberi persepsi dan imej tidak baik kepada PH, khususnya yang sebelum ini juga memperjuangkan isu-isu gangguan seksual, hak-hak wanita, kesihatan mental dan sebagainya.

“PH perlu lebih baik dalam menentukan kompas moral pemimpin mereka jika ingin kekal relevan supaya kita tidak mengulangi hal yang sama seperti mana pemimpin dari parti pemerintah,” katanya melalui satu kenyataan yang disiar di Facebooknya, semalam (21 Oktober 2022).

Selasa lalu, Faiz yang juga Ahli Pimpinan Pusat AMANAH dicalonkan partinya untuk bertanding di Parlimen Tampin.

Jun tahun lalu Faiz mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dihadapinya dan minta dibicarakan.

Kertas kes mengatakan Faiz dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan seorang wanita berusia 31 tahun ketika itu pada 8 Mac 2021 antara jam 9.45 malam dan 11.30 malam ketika mereka berdua berada dalam sebuah kereta dari pusat beli-belah Sunway Pyramid ke Subang Jaya.

Dalam pada itu Yuslaini mendakwa dituduh gila kerana membuat laporan polis sebelum ini, malah katanya ada cubaan memaksa dia menerima peguam parti tersebut sejak tahun lalu.

“Saya pastinya terkesan dengan perkembangan ini. Ia memberi isyarat tidak baik kepada sesiapa sahaja yang memperjuangkan isu ini kerana pada akhirnya yang mempunyai kuasa akan terus menindas orang lain sama seperti apa yang berlaku saat ini.

“Para pemimpin PH diam menikus tentang isu gangguan seksual tersebut malah sengaja memberi tekanan emosi dan psikologi kepada saya,” katanya yang akan mempertimbangkan kedudukannya dalam PKR kerana mendakwa pimpinan membiarkan dirinya dibuli dan diperkotak-katik.

Tambahnya, “saya merasakan adalah tidak adil untuk saya didiamkan hanya kerana bersuara.”

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
22 jam lalu· Politik
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023· Isu semasa
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Baiknya ultra kiasu, mereka dapat terima ‘madani’, sindir Ridhuan Tee
January 23, 2023
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
21 jam lalu · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
22 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
22 jam lalu · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
22 jam lalu · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok