Terima tawaran kerajaan diterajui UMNO, Anwar tak rasa terhina ke?

September 13, 2021 · Politik

Termeterai sudah Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara blok pembangkang dan kerajaan hari ini yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tidak rasa terhina lagi.

Berbeza dengan tawaran sama yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, Ketua Pembangkang itu berkata dihina apabila tawaran tersebut diberikan kepadanya tetapi apabila kerajaan baharu diterajui UMNO membuat tawaran beliau rasa bangga dan menerimanya pula.

Bagaimanapun, ia bukan suatu yang luar biasa apabila Anwar membuat keputusan sedemikian kerana sikapnya yang suka memutarbelit fakta dan ia terserlah apabila menipu kononnya memiliki majoriti untuk menjadi Perdana Menteri (PM) sebelum ini.

Ia bukan kali pertama Anwar mendakwa dirinya memiliki sokongan majoriti untuk menjadi PM, sebelum ini juga sudah banyak kali mendabik dada kononnya ada sokongan walhal faktanya tidak ada sokongan.

Untuk rekod, Anwar semasa menolak tawaran Muhyiddin sebelum ini berkata, “Tak pernah saya sebut. Tak pernah saya minta. Tak pernah saya fikir pun munasabah untuk dalam keadaan pandemik, ekonomi yang meleset ini mahu dapat RM40,000, RM50,000 gaji tambahan dan kemudahan setaraf menteri kanan.

“Saya tidak langsung berfikir ini wajar dan munasabah. Takkanlah ini boleh dibuai. Bagi saya satu penghinaan, orang nak dapat RM50, RM100 tambahan sebulan untuk cari nafkah anak-anak pun susah, kamu pelawa ketua pembangkang RM40,000, RM50,000 sebulan tambahan dengan segala status dan sebagainya.”

Sekilas pandang, rakyat akan terpukau dengan kata-kata manis Presiden PKR tersebut, namun selepas keputusan pembangkang bersetuju menandatangani MoU hari ini adakah beliau sudah terlupa kata-katanya sebelum ini?

Lebih memalukan, Anwar menerima tawaran tersebut daripada kerajaan yang diterajui UMNO, tetapi ia bukan satu masalah kerana beliau juga sanggup bersekongkol dengan kleptokrat untuk menjayakan misinya menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Jadi, dimana prinsip perjuangan reformasi dan keadilan yang dilaung-laungkan oleh Anwar bersama pengikut fanatiknya dalam Parti Amanah dan DAP?

Alasan Anwar untuk menerima tawaran PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah kerana mengutamakan kepentingan rakyat dan ingin memberi tumpuan kepada usaha menangani krisis kesihatan Covid-19, jadi kesimpulannya sekarang baharu beliau sedar?

Sebelum ini Anwar mungkin tidak berkesedaran sehingga terlupa beliau adalah punca kepada kemelut politik melanda negara dan bertindak membuat komplot bersama anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata mengejar cita-cita peribadi.

Rakyat tidak lupa perbualan klip audio tular antara Anwar dan Zahid pada April lalu, malah rakyat juga tidak lupa surat yang dihantar oleh Zahid dan Datuk Seri Najib Razak sebelum ini ke Istana Negara yang menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai calon PM.

Hari ini, kerajaan dan PH buat pertama kali menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik di Bangunan Parlimen.

MoU berkenaan yang membentuk satu kerjasama ‘dwipartisan’ dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan COVID-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Untuk rekod, tawaran kerjasama tersebut sebelum ini pernah dibuat oleh Muhyiddin sebelum meletak jawatan tetapi ditolak mentah-mentah pembangkang.

Hanya dengan kerajaan baharu diterajui UMNO sahaja Anwar tunduk dan menerima tawaran MoU tersebut, begitu takut beliau kepada UMNO sehingga mengadaikan prinsip perjuangannya sebelum ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
5 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok