Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin

November 25, 2022 · Politik

Tawaran untuk menyertai kerajaan yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dihargai Perikatan Nasional (PN) namun tidak akan menerimanya sama sekali, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi PN itu mengucapkan terima kasih atas tawaran yang dibuat Perdana Menteri Ke-10 yang menjemput gabungan itu menyertai kerajaan namun menegaskan negara juga memerlukan pembangkang yang kuat sebagai proses semak dan imbang.

“Perikatan Nasional mengucapkan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, atas tawaran supaya Perikatan Nasional menyertai Kerajaan Persekutuan pimpinan beliau.

“Namun, atas semangat untuk menyuburkan demokrasi dan melaksanakan peranan semak dan imbang yang berkesan dalam Parlimen Malaysia, Perikatan Nasional berpendirian untuk tidak menyertai Kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan ini.

Jelasnya lagi, pendirian tersebut diambil bagi memastikan gabungan itu dapat menjadi pembangkang yang berwibawa untuk memastikan suara rakyat didengar dan urus tadbir yang baik.

“Perikatan Nasional akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen serta memastikan tadbir urus kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah selaras dengan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Muhyiddin menegaskan PN bersedia merintis kerjasama atas kapasiti kerajaan dan pembangkang.

“Demi untuk memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, Perikatan Nasional bersedia untuk merintis bentuk-bentuk kerjasama yang lain dengan kerajaan dalam ruang lingkup hubungan antara kerajaan dan pembangkang,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok