
Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan hari Ahad (13 Ogos 2023) sebagai cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung, hari ini.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata keputusan itu dibuat bagi memudahkan pengundi luar yang bekerja di negeri ini pulang ke tempat mengundi masing-masing.
“Pengumuman ini juga mengambil kira tugasan dan bagi memudahkan kakitangan kerajaan negeri yang bertugas sehingga lewat malam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari pengundian.
“Kerajaan negeri berharap pengumuman ini akan dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada semua yang terlibat dalam pesta demokrasi pada 12 Ogos 2023 nanti,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan Jumaat lalu.
Perikatan Nasional dan PAS berjaya mempertahankan negeri Terengganu pada pilihan raya kali ini selepas memenangi majoriti mudah.