Terdesak: Klip video bukan himpunan PH, tapi calon Presiden Taiwan

November 17, 2022 · Politik

Dalam keadaan terdesak susulan kemerosotan sokongan terhadapnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini, Pakatan Harapan (PH) menggunakan pelbagai cara untuk menunjukkan pakatan di anggotai DAP itu, masih diterima rakyat.

Terbaharu, seorang individu dipercayai penyokong PH memuat naik klip video bersama audio, yang menurut lelaki itu adalah video perhimpunan orang ramai yang memakai baju merah, menyokong PH di Kelantan.

Video berkenaan kemudiannya dikongsikan pengguna lain dan menjadi tular di laman WhatsApp.

Bagaimanapun, menurut Mkini, Faqcheck Lab telah menyemak video berkenaan dan mendapati dakwaan dalam klip audio itu adalah tidak benar.

Video itu sebenarnya memaparkan perhimpunan anjuran calon Presiden Taiwan ketika itu, Ha Kuo-yu yang dirakamkan pada 22 Jun.

Faqcheck Lab dan Mkini adalah antara ahli pakatan pemeriksa fakta, JomCheck, yang merangkumi jabatan media, akademik dan masyarakat sivil.

Melalui JomCheck, orang ramai boleh mengemukakan permohonan untuk menyemak sesuatu fakta dengan menghantar mesej WhatsApp ke talian +6017 477 6659 (teks WhatsApp sahaja, tiada panggilan) atau melalui pautan ini.

Berita berkaitan
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
15 jam lalu· Politik
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
23 jam lalu· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
15 jam lalu · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
24 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
24 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok