Terbukti Zahid ikut cakap Anwar jika Menteri UMNO kena letak jawatan

April 22, 2021 · Politik

Jika Majlis Tertinggi (MT) membuat ketetapan pada Ahad ini semua Menteri dan Timbalan Menteri UMNO perlu meletak jawatan ia secara tidak langsung akan memberi gambaran dakwaan perbualan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sememangnya dirancang dan bukan palsu, kata seorang Ahli MT kepada Agenda Daily.

Ahli MT UMNO yang meminta dirahsiakan identitinya menyifatkan jika mesyuarat MT masih meneruskan agenda tersebut ia seolah-olah membuktikan kebenaran klip audio yang tular baru-baru ini dan ia membuktikan Zahid cuba mengelirukan akar umbi parti.

“Iya lah, soal Anwar dengan Zahid semua dah tahu, seorang dah mengaku, Zahid pula tak mengaku. Dia mengelirukan UMNO.

“Tapi kita tak nak aniaya Presiden cuma kita kena bela UMNO, dan orang yang berkuasa untuk bela Melayu adalah Agong,” katanya sumber apabila ditanya berhubung kemungkinan Menteri dan Timbalan Menteri diarah meletak jawatan dalam mesyuarat MT nanti.

Menurut sumber, langkah untuk memaksa Menteri dan Timbalan Menteri UMNO meletak jawatan bukan lah jalan terbaik untuk memperkukuhkan parti dan sekiranya Zahid berundur sekali pun ia belum menjamin kestabilan dalaman parti tersebut.

“Kita nak tanya, kalau Menteri dan timbalan umno letak jawatan, adakah parti akan kuat?

“Atau kalau Zahid letak jawatan, UMNO akan menjadi lebih utuh dan kuat? Fikir itu sahaja,” ujarnya lagi.

Sumber juga memberitahu perkara lain yang akan dibincang parti adalah berhubung pemilihan UMNO dan ketetapan perlu dibuat untuk sama ada menangguhkan atau meneruskan pemilihan memandangkan mandat sedia ada akan berakhir pada Jun ini.

Dijangkakan mesyuarat Ahad ini bukan satu mesyuarat yang mudah akan dipengerusikan Zahid selepas pendedahan klip audio dengan Anwar, semua mata pastinya tertumpu kepada sosok yang sudah dibuktikan mempunyai hubungan intim dengan Anwar.

Zahid semasa tular perbualan dengan Anwar ada berbincang berhubung isu peletakan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO, kedua-dua mereka berbincang strategi untuk memaksa kumpulan tersebut meletakan jawatan mereka.

Kedua-dua mereka pada awalnya menafikan terlibat dalam perbualan tersebut dan mahu membuat laporan polis bagi mencari dalang penyebaran bagaimanapun sehingga hari ini belum ada satu laporan polis dibuat oleh mereka.

Berita berkaitan
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
5 jam lalu· Politik
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
5 jam lalu· Politik
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
9 jam lalu· Isu semasa
Anwar akhirnya akui  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
9 jam lalu· Politik
Popular
Anwar akhirnya akui  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
June 30, 2022
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
June 30, 2022
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
June 30, 2022
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
June 30, 2022
Lagi Politik terkini
Bersatu beri sokong kuat kepada PM tangani inflasi, kos sara hidup rakyat
6 jam lalu · Politik
Dr Mahathir mungkin bertanding semula di Langkawi jika tiada pengganti
13 jam lalu · Politik
DAP bidas Shafie tak berprinsip kerana mahu kerjasama dengan parti menang
13 jam lalu · Politik
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
15 jam lalu · Politik
Zahid, cikgu dan Najib dicabar bersumpah pendedahan Tajuddin
June 29, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
4 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok