Tengku Zafrul yakin menang walau bakal hadapi saingan sengit

November 5, 2022 · Politik

Menteri Kewangan kerajaan sementara, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yakin mengenai prospeknya untuk mencapai kemenangan walaupun pertarungan sengit di kerusi Parlimen P096 Kuala Selangor, adalah tinggi.

Pada masa sama calon Barisan Nasional (BN) itu menegur Pakatan Harapan (PH) kerana terlalu leka selepas mentadbir Selangor selama hampir 14 tahun.

“Adakah PH melakukan sesuatu yang baharu di sini? Apa yang telah mereka lakukan untuk penduduk Kuala Selangor?

“Mereka sudah terlalu selesa di sini dan melupakan tugas asas mereka,” kata Tengku Zafrul selepas melancarkan jentera pilihan raya Wanita UMNO di Kuala Selangor, malam tadi.

Acara itu telah menarik kira-kira 750 penyokong yang memakai baju biru Barisan Nasional (BN), dengan majoritinya adalah orang Melayu tempatan di Kuala Selangor.

Sehubungan itu, Tengku Zafrul berjanji bahawa visi utamanya untuk kawasan itu adalah mengukuhkan hubungan antara pengundi dan ahli politik yang dipilih, menaik taraf infrastruktur tempatan, dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Kami mahu menang bukan kerana kami gila kuasa, tetapi kami perlukan mandat untuk menambah baik infrastruktur,” katanya.

Tengku Zafrul kemudian menambah bahawa beliau tetap optimis mengenai prospeknya untuk mencapai kemenangan, walaupun berdepan dengan penyandang Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, yang merupakan bekas Menteri Kesihatan ketika pentadbiran PH.

“Kami perlu bersedia dan mengharapkan apa sahaja daripada pertarungan lima atau enam penjuru, tetapi saya sangat gembira melihat semangat dan komitmen pasukan di sini.

“Kami bertuah kerana mendapat sokongan kuat daripada Wanita BN,” kata Tengku Zafrul.

Kuala Selangor ialah sebuah perbandaran yang terletak sejam dari ibu kota, Kuala Lumpur, dan terkenal dengan makanan laut dan ekopelancongannya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
10 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
20 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
21 jam lalu· Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
21 jam lalu· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
12 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
15 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
16 jam lalu · Politik
Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak
December 8, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok