Tengku Zafrul tawar tanding MT

February 1, 2023 · Politik

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan beliau menawarkan diri bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menjelang pemilihan parti akan datang.

Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor itu berkata, keputusan bertanding jawatan berkenaan dalam usahanya membina “tapak” politik bagi tempoh panjang.

“Ya, saya dengan rendah diri menawarkan diri bertanding jawatan MT UMNO untuk menyumbang khidmat kepada parti,” katanya menurut Astro Awani.

Zafrul berkata, landskap politik yang semakin dinamik membuka ruang persaingan sihat dan membina.

“Politik ini sifatnya dinamik, dan yang paling penting ialah sentuhan efektif membantu untuk memartabatkan masyarakat dan negara,” katanya.

Beliau berkata, gabungan kepimpinan lebih dinamik dan pelbagai latar menjamin proses pengukuhan parti pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“UMNO sebuah parti yang berpengalaman dan barisan pemimpinnya matang menempuh jatuh bangun politik.

“Justeru, saya percaya pemimpin dan akar umbi parti mahu melihat gabungan kepimpinan yang lebih dinamik dan pelbagai latar untuk pastikan proses pengukuhan parti pasca PRU-15 dapat berjalan dengan baik,” katanya.

Pada PRU-15 November tahun lalu, Tengku Zafrul bertanding di Parlimen Kuala Selangor, namun kalah kepada penyandang Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad daripada Pakatan Harapan.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
17 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Perikatan Nasional umum 23 muka baharu di Kelantan, Menteri Besar pertahan kerusi
July 28, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok