Tengku Zafrul tanding di Kuala Selangor, Khairy di Sungai Buloh

November 1, 2022 · Politik

Menteri Kewangan kerajaan sementara, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen P096 Kuala Selangor, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

Pencalonan beliau diumumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada majlis penamaan calon-calon BN di ibu negara, malam ini (1 November 2022).

Tengku Zafrul bakal berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Noor Mohd Sahar yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Selangor, serta penyandang kerusi Parlimen berkenaan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad daripada Pakatan Harapan (PH).

Antara calon utama yang diumumkan malam tadi, termasuk Menteri Kesihatan dan bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh; dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohammad Hassan bagi kerusi Rembau.

Yang lain termasuk Datuk Johari Abdul Ghani bagi kerusi Titiwangsa; Ketua Pemuda Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, yang akan diturunkan di Gerik; dan Datuk Razali Ibrahim, yang akan menentang bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh.

Pengumuman itu bermula lewat daripada yang dirancang, kerana dilaporkan isu saat akhir perlu diselesaikan antara pucuk pimpinan BN dan ahli parti gabungannya, MIC.

Bagaimanapun, MIC yang tidak berpuas hati dengan kerusi dan calon yang ditetapkan Zahid bertindak memboikot majlis penamaan calon itu. Parti berkenaan dijangka mengadakan mesyuarat khas majlis tertingginya pagi esok dan mungkin menarik diri daripada PRU-15.

Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong akan mempertahankan kerusi Ayer Hitam, manakala Wee Jeck Seng akan mempertahankan kerusi Tanjung Piai, dan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan bertanding untuk kerusi Bentong.

Sementara itu, beberapa kerusi tidak diumumkan malam tadi kerana ia dikatakan masih pada peringkat rundingan.

Kerusi berkenaan ialah Parlimen Tumpat; Kuala Nerus; Tanjong Karang; Kepong; Jempol; dan Kuala Pilah. Senarai calon BN di sini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
7 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Selepas dilantik TPM, Zahid puji Anwar pula lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
27 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
2 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok