Tengku Zafrul ahli UMNO sebelum jadi menteri lagi: Ahmad Maslan

May 25, 2022 · Politik

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz adalah ahli parti itu sebelum dilantik sebagai menteri lagi.

Pengesahan itu bagaimanapun bercanggah dengan kenyataan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa Tengku Zafrul bukan ahli UMNO.

“Ya, saya mengesahkan yang Zafrul adalah ahli UMNO, bukan benda baharu. Dia dah jadi ahli UMNO sejak dulu lagi, sejak belum jadi menteri lagi,” katanya memetik laporan Utusan hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad mengakui tidak mengetahui lokasi kawasan Parlimen di mana Tengku Zafrul menjadi ahli UMNO, tetapi mengesahkan seorang ahli keluarga Tengku Zafrul adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai.

Mengikut rekod, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai ialah Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz.

Tengku Zafrul adalah Ahli Dewan Negara sebelum dilantik sebagai Menteri Kewa­ngan ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Mac 2020.

Perkhidmatan beliau diteruskan sehingga hari ini, namun di bawah pentadbiran Perdana Men­teri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum ini, Tengku Zafrul dilaporkan sedang mencari tapak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), malah timbul desas-desus menjadi calon di Parlimen Lembah Pantai.

Bagaimanapun, tidak pasti parti mana yang akan diwakili beliau, sama ada mewakili Bersatu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) atau Barisan Nasional (BN).

Tengku Zafrul dikatakan lebih rapat dengan Bersatu setelah diangkat sebagai Menteri Kewangan oleh Muhyiddin.

Namun, tahun lalu Tengku Zafrul menegaskan beliau tidak bersedia untuk bertanding mana-mana kerusi pada PRU-15 mewakili mana-mana parti, selepas pandemik Covid-19 berakhir.

“Saya tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum untuk mana-mana parti,” katanya.

Tengku Zafrul menganggap kesediaannya menduduki kerusi Kabinet pimpinan Muhyiddin sebelum ini adalah ‘perkhidmatan nasional’ untuk membantu rakyat.

“Saya berada di dalam (bank) CIMB… menggerakkan seluruh operasi kumpulan (perbankan),” katanya.

Sebelum ini blok pembangkang mempersoalkan kehadiran beliau di Masjid Ar Rahman, Jalan Pantai Baru di dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai di ibu negara, untuk menyampaikan sumbangan 500 bakul makanan bernilai RM50,000 kepada 10 masjid dan surau di kawasan itu.

Gambar beliau menyampaikan bantuan itu tular dan blok pembangkang terus menjadikan kehadiran beliau di masjid itu sebagai isu politik dengan membangkitkan persoalan kemungkinan Tengku Zafrul akan bertanding di Parlimen Lembah Pantai pada PRU-15 nanti mewakili Bersatu.

Isu dimainkan DAP itu tidak semena-mena berjangkit pula kepada UMNO yang mengatakan parti itu bersedia meletakkan calon untuk bertanding di Parlimen Lembah Pantai.

Namun, beberapa hari selepas itu, Tengku Zafrul berada pula di Masjid Al Hasanah, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi untuk majlis sama – memberi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan tanpa mengira kaum dan agama. Tetapi tidak ada pula pihak yang menjadikannya sebagai modal politik mereka.

Mengulas lanjut Tengku Zafrul berkata beliau ikhlas, biarpun ada yang mengkritik kerana dikatakan gagal memberikan bantuan ekonomi yang mencukupi ketika krisis.

“Saya rasa tidak ada (siapa) yang benar-benar tahu apa yang harus dibuat (menangani pandemik). Tidak ada buku teks yang saya boleh rujuk.

“Oleh itu, adalah penting kita melakukan yang terbaik … (dan) kita semua bersatu untuk memenangi perang melawan Covid-19,” katanya yang telah menemui beberapa pemimpin blok pembangkang termasuk DAP dan PKR untuk menda

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok