Tawaran PM, Anwar letak syarat tambahan peruntukan dan usul percaya

September 11, 2021 · Politik

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak syarat tambahan ke atas tujuh tawaran kerjasama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dikemukakan semalam.

Anwar mahu kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri menimbang usul blok pembangkang sebelum ini yang meminta peruntukan tambahan dan juga mengadakan usul percaya di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada Isnin nanti.

“Justeru itu, antara lain Pakatan Harapan turut mengusulkan peruntukan tambahan sebanyak RM45 bilion untuk segera meringankan beban hidup rakyat.

“Dalam isu usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Pakatan Harapan (PH) melihat bahawa masih wujud keperluan ianya diadakan secepat mungkin pada sidang Parlimen kali ini berdasarkan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada ketua-ketua parti politik sewaktu sesi menghadap di Istana Negara pada 17 Ogos lalu, bagi mengabsahkan bahawa Perdana Menteri telah mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata blok pembangkang masih dalam fasa perbincangan bagi mencari titik persamaan dan tidak menolak akan menerima tawaran Ismail Sabri tersebut.

“Walaupun begitu, proses perbincangan masih berjalan untuk mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik COVID-19, menjaga nyawa dan keselamatan diri dari ancaman wabak dan membebaskan rakyat dari cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pendapatan dan pekerjaan,” katanya.

Jelasnya lagi, tawaran Ismail Sabri tersebut merupakan permulaan baik ke arah kerjasama dengan pembangkang, ia selepas pertemuan dengan pemimpin pembangkang pada 25 Ogos lalu.

“Ini adalah satu permulaan yang baik susulan daripada pertemuan saya dan pimpinan Pakatan Harapan bersama Perdana Menteri pada 25 Ogos lalu,” katanya lagi.

Semalam, Ismail Sabri mengumumkan tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Enam daripada tujuh tawaran itu pernah dibuat Muhyiddin ketika penghujung pentadbirannya sebagai PM sebelum Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang susulan peletakan jawatan beliau pada 16 Ogos lalu, setelah tidak mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

Tawaran Muhyiddin tersebut pada mula menerima reaksi positif daripada beberapa pemimpin DAP seperti Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming namun pemimpin kanan PH tidak menerima tawaran itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
BN kalah PRU-15 sebab Zahid, kata Annuar Musa
November 21, 2022
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
13 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok