Tawaran Perikatan Nasional ‘PN BEST’ praktikal, kata penganalisis politik

November 9, 2022 · Politik

Tawaran Perikatan Nasional (PN BEST) yang berteraskan 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran bukan sahaja realistik, tetapi sesuai dengan kapasiti dan kemampuan negara.

Penganalisis politik dan media sosial, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy berkata, rakyat harus membuat perbandingan yang terbaik di dalam menilai manifesto semua parti politik sama ada ianya benar-benar praktikal atau hanya menjanjikan bulan bintang.

“Apabila dianalisa dengan teliti, manisfesto PN dilihat adil dan saksama dari segi penyambungan dasar-dasar yang dibuat ketika pemerintahan mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin memegang jawatan itu yang berpengalaman menangani krisis kesihatan pandemik Covid-19, krisis ekonomi dan politik.

“Tambah lagi pengalaman beliau sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) telah banyak membantu mengeluarkan tawaran manifesto yang mengambil kira pandangan dan sentimen rakyat dalam perkara penting,” katanya.

Tambah Dr. Sara, walaupun PN sebuah parti baharu, satu kelebihan besar tawaran PN berbanding manifesto parti lain ialah kebanyakan janji manifestonya adalah hasil kesinambungan yang dibuat selama ini sewaktu mengambil alih tampuk pemerintahan PH pada waktu krisis pandemik Covid-19.

“Kejayaan PN dalam Program Immunisasi Kebangsaan adalah satu fakta yang tidak boleh dielak dan harus diterima umum. Ini kerana hari ini kita bersiap sedia berhadapan dengan PRU-15 dengan kesihatan yang baik adalah hasil program immuninasi yang mencapai 100 peratus, menjadikan Malaysia negara pertama di Asia Timur yang mendapat bekalan vaksin pertama berbanding Australia,” katanya menurut SatuBerita.

Selain itu katanya, sejak penubuhan MPN dibawah kendalian Muhyiddin, sebanyak 95 keputusan dikemukakan kepada kerajaan dengan 69 berkaitan isu ekonomi dan sosial menekankan isu kos sara hidup.

“Manisfesto PN mampu direalisasikan berikutan ‘track record’ status perkembangan setiap sektor yang diperhatikan dan dinilai selama ini menerusi Majlis Pemulihan Negara. Tawaran PN juga lebih jelas dan relevan yang mana menjadi keperluan utama rakyat seperti kos sara hidup, pekerjaan, pendapatan, masalah inflasi, kenaikan harga barang dan lain-lain yang berkaitan.

“Tidak terkecuali isu kekurangan tenaga kerja yang menjejaskan produktiviti dan mengganggu rantaian bekalan. Kejayaan Majlis Pekerjaan Negara yang tetapkan sasaran untuk mewujudkan 500,000 pekerjaan pada tahun 2021 diakhiri dengan 558,000 peluang pekerjaan adalah fakta yang harus diterima,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Sara turut menegaskan Tawaran PN-BEST turut menekankan isu integriti yang tidak banyak disentuh oleh parti lain bagi memastikan kerajaan yang lebih telus, bersih dan bebas rasuah.

“Perikatan Nasional mempunyai ‘track recordd’ kejayaaan di dalam menghapuskan elemen rasuah di mana beberapa kes mahkamah berjaya dilaksanakan tanpa campurtangan mana-mana pihak.

“Lanjutan manifesto mewujudkan Pelan Anti-Rasuah Nasional, Mahkamah Anti-Rasuah, larangan sumbangan dana politik luar negara menjadikan tadbir urus kukuh, menangani rasuah satu perkara yang harus disambut bersama,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Perikatan Nasional kekal jadi semak dan imbang kepada kerajaan: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
33 minit lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
2 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
4 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
4 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok