Tawan Selangor: PAS tak cakap kosong, 33 kerusi DUN pengundi Melayu

January 18, 2023 · Politik

PAS tidak bercakap kosong apabila meletakkan keyakinan Perikatan Nasional (PN) mampu membuat kejutan dengan merampas Selangor daripada Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan dalam beberapa bulan lagi.

Keyakinan itu adalah berdasarkan kepada kemenangan PAS dan PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), khususnya di kerusi majoriti Melayu, kata Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir.

Menurutnya selepas Kelantan, Terengganu, Kedah dan terbaharu iaitu Perlis, kini giliran Selangor pula untuk ditawan dalam PRN akan datang.

“PAS menang 43 daripada 222 kerusi Parlimen dalam PRU-15 lalu. Kemenangan itu rata-rata di kerusi majoriti Melayu,” katanya sambil memberikan fakta berkaitan kedudukan pengundi Melayu di kawasan Parlimen ketika PRU lalu.

Beliau menggariskan 21 kerusi Parlimen mempunyai 90 peratus pengundi Melayu; 80 peratus (10 kerusi); 70 peratus (tujuh kerusi); dan 60 peratus (empat kerusi).

Roslan berkata satu sahaja kerusi Parlimen yang mempunyai pengundi Melayu di bawah 60 peratus iaitu Kuala Langat (58.69 peratus), manakala 41.31 peratus adalah pengundi bukan Melayu.

Untuk rekod, walaupun, di Parlimen Kuala Langat pengundi Melayunya di bawah 60 peratus tetapi calon PN yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berjaya merampas kerusi itu daripada Pakatan Harapan (PH) dalam saingan enam penjuru.

Dr Ahmad Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, menang dengan 1,833 undi apabila memperoleh 52,867 undi, manakala calon PH (51,034 undi); dan Barisan Nasional (18,685), manakala calon Pejuang dan dua calon Bebas hilang deposit.

PH dan BN meletakkan calon bukan Melayu bagi kerusi Parlimen Kuala Langat iaitu masing-masing G Manivanan (PH) dan M Mohana (BN), tetapi kelihatannya majoriti pengundi Melayu telah bersatu menolak mereka.

Semalam, Dr Ahmad Yunus yakin PN mempunyai kelebihan untuk merampas dan mengambil alih pentadbiran negeri Selangor daripada PH, pada PRN akan dtang walaupun perkara itu cuba dinafikan pihak lawan.

Ini kerana, katanya wujud beberapa faktor serta perkembangan mutakhir politik semasa yang ternyata menyumbang ke arah keyakinan dan kemenangan PN, termasuk rakyat Selangor yang telah muak dengan siri-siri pembohongan dan jani-janji palsu PH.

“Calon PH dan Barisan Nasional (BN) kecundang di enam kerusi Parlimen di Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), malah BN gagal menang walau satu kerusi pun di Selangor.

“PH dilihat tidak memiliki kemampuan membawa imej yang dikehendaki rakyat dalam pentadbiran, tambahan pula apabila mereka sanggup bekerjasama dengan BN yang selama ini mereka serang sebagai kleptokrat dan serba pincang,” kata Dr Ahmad Yunus.

Mengulas lanjut, Roslan yang merujuk kemenangan Dr Ahmad Yunus di kerusi 58.69 peratus Melayu itu mempersoalkan kedudukan 33 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang majoritinya dikuasai pengundi Melayu.

“Walau di kerusi 58.69% Melayu calon PAS mampu menang di Selangor bagaimana pula di DUN Selangor nanti?

“Selangor punya 56 kerusi DUN yang mana 33 kerusi mempunyai lebih 60 peratus pengundi Melayu. Kerana itu PAS bukan cakap kosong.

“Insya-Allah dengan kewibawaan calon-calon PAS dan rekod pengalaman bersih dan cemerlang ketika berada dalam kerajaan negeri satu ketika dahulu kita yakin Selangor punya potensi dan bakal menjadi negeri kelima yang akan dimenangi PAS melalui Perikatan Nasional.

“Ayuh anak-anak Selangor kita bawa perubahan. Selangor perlukan kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil. Undi anda penentunya,” kata beliau lagi.

Berita berkaitan
Projek ECRL di Taman Negeri Selangor ikut garis panduan, kata MRL
February 6, 2023· Isu semasa
Tindakan beku akaun Bersatu, DAP paling suka lihat parti Melayu ditindas?
February 5, 2023· Politik
Utamakan kepentingan rakyat bukan berdendam dengan pembangkang, kata PN
February 4, 2023· Politik
PRN Selangor: DAP mahu tanding dua kerusi DUN milik Bersatu, tak serah kepada UMNO
February 4, 2023· Politik
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
PH, BN bergabung hadapi PRN
February 8, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Dulu lantang kini diam, MUDA bidas pemimpin PH isu kapal tempur
12 minit lalu · Politik
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
45 minit lalu · Politik
Kerajaan UMNO-DAP Pahang teruskan agenda ‘dendam politik’
1 jam lalu · Politik
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
2 jam lalu · Politik
Polis langgar undang-undang tolak aduan wanita seluar pendek: ADUN DAP
3 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
7 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok