Tariklah sokongan jika mahu PRU segera, sindir Ketua Pemuda PN

August 30, 2022 · Politik

Mana-mana pihak yang mahu Parlimen dibubar lebih awal daripada yang dikehendaki oleh Perdana Menteri, boleh menarik sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari.

Tanpa menamakan mana-mana parti atau kumpulan beliau berkata pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan adalah hak prerogatif Perdana Menteri.

“Adapun pembubaran Parlimen terpulanglah kepada YAB Perdana Menteri.

“Jika ada yang ingin pembubaran Parlimen lebih awal daripada yang dikehendaki oleh Perdana Menteri, sudah tentu mereka boleh menarik sokongan ahli-ahli Parlimen mereka,” katanya yang juga Ketua Pemuda PAS dalam satu kenyataan hari ini (30 Ogos 2022).

Semalam, Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Kamarudin Mohd Kasim mencabar Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap Ismail Sabri yang juga Naib Presiden parti itu jika tidak berpuas hati PRU-15 tidak disegerakan.

“Jika betul-betul berani silakan wahai Ahli Parlimen UMNO-Barisan Nasional… tarik sahaja sokongan. Tak memadai “habis suara” kutuk dan kecam Ismail Sabri tetapi akhir semua takut untuk tarik sokongan terhadapnya.

“Di sini baru mereka tahu Ismail Sabri lebih power daripada Presiden yang sedang terpalit dengan 47 tuduhan pecah amanah,” katanya.

Sejak akhir-akhir ini UMNO menerusi presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memberi tekanan hebat kepada Ismail Sabri supaya mempercepatkan PRU-15, sedangkan penggal Parlimen ke-14 hanya akan berakhir pada Julai 2023 dan pilihan raya boleh diadakan sebelum September tahun depan.

Dalam beberapa siri penerangan, kepemimpinan UMNO tidak henti-henti mendesak supaya Ismail Sabri mengadakan PRU segera, malah penyokong Zahid kini mula menyerang, merendah-rendahkan dan tidak menghormati beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kemuncaknya pada Taklimat Khas Presiden Sabtu lalu – yang dikaitkan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan memenjarakan Datuk Seri Najib Razak – Ismail Sabri dicemuh setiap kali Zahid menyebut namanya dalam taklimat itu.

Berita berkaitan
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
16 jam lalu· Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
17 jam lalu· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
17 jam lalu· Isu semasa
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Popular
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
8 jam lalu · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
8 jam lalu · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
8 jam lalu · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
17 jam lalu · Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok