Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO

July 4, 2022 · Politik

Walaupun UMNO membuat ketetapan pada Mac lalu semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu supaya “Top 5” UMNO berbincang tarikh pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), namun sehingga hari ini tidak pernah berlangsung perbincangan sesama pemimpin tertinggi parti itu.

Utusan Malaysia mendedahkan tidak ada perbincangan “Top 5” pernah diadakan sejak Mac lalu dengan memetik laporan daripada sumber dalaman parti, ia sekaligus mencetuskan spekulasi berhubung keretakan dalam parti tersebut.

Lima pimpinan tertinggi UMNO itu ialah Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Ketetapan supaya lima jawatan tinggi UMNO membincangkan tarikh pembubaran Parlimen dibuat pada Mac lalu, namun sekarang sudah Julai dan belum satu pun perbincangan telah dibuat,” kata sumber yang dilaporkan memberitahu Utusan.

Pada Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini, Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri berkata, keputusan berkaitan cadangan membubarkan Parlimen akan dibincangkan dalam kalangan lima pimpinan tertinggi UMNO.

Beliau yang juga Naib Presi­den UMNO, berkata, ia juga akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebelum dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

Bagaimanapun Zahid ketika Konvensyen Barisan Nasional (BN) pada bulan lalu memaklumkan lima jawatan tertinggi UMNO sudah banyak mengadakan pertemuan berhubung tarikh PRU-15, namun tidak mendedahkan butiran dan hasil perbincangan tersebut.

Ketetapan agar lima pimpinan tertinggi UMNO membincangkan tarikh PRU15 setelah pemimpin dan akar umbi parti itu mendesak agar ia diadakan secepat mungkin bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok