Tarikh PRU-15, tak tahu lah PM masih ingat adanya perjanjian: Muhyiddin

August 27, 2022 · Politik

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disindir sama ada masih ingat atau tidak berhubung perjanjiannya dengan parti komponen dalam menentukan tarikh pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) sebelum ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sinis mengingatkan Ismail Sabri berhubung perjanjian yang dipersetujuinya sebelum dipilih untuk menjadi calon PM sebelum ini yang dimerterai dengan parti komponen lain.

“Kalau mengikut perjanjian antara PN dan perdana menteri yang saya dan perdana menteri tandatangan, bila perdana menteri nak tentukan tarikh pilihan raya, beliau kena runding dengan kita dulu kerana kita juga adalah sebahagian daripada kerajaan.

“Tak tahulah saya sama ada perdana menteri masih ingat adanya perjanjian itu,” sindir Muhyiddin ketika berucap semasa Konvensyen PN di Maeps di Serdang, Selangor hari ini.

Kenyataan itu hadir pada ketika Ismail Sabri sedang menerima tekanan daripada UMNO untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU-15 segera.

Malah, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga memanggil semua pemimpin akar umbi berhimpun di PWTC hari ini bagi mendapatkan referendum untuk mendesak Ismail Sabri menyegerakan PRU-15.

Dalam perkembangan lain, tarikh pembentangan Bajet 2023 kali ini juga diawalkan tidak kebiasaannya dan memberi isyarat berkemungkinan bakal berlangsung PRU-15 dalam tempoh terdekat ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata PN telah bersedia untuk menghadapi PRU-15 walaupun Ismail Sabri terpaksa tunduk kepada partinya dan mempercepatkannya.

Yakin dengan kemenangan PN pada PRU akan datang, Muhyididn berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetap akan berdepan dengan kekalahan jika pilihan raya diadakan pada tahun ini.

“Kalau esok perdana menteri menghadap Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong untuk mohon perkenan bagi membubarkan Parlimen, kita anak jantan, tentu sudah bersedia masuk gelanggang untuk menang dalam pilihan raya.

“Saya baca kenyataan Presiden UMNO (Ahmad Zahid hamidi) merangkap pengerusi BN. Dia kata pilihan raya mesti diadakan pada tahun ini, bukan tahun depan. Kalau tunggu tahun depan, BN mungkin akan kalah, (tapi) kalau tahun ini pun mungkin akan kalah.

“Saya seronok baca kenyataan ini. Maknanya, mereka taklah kuat sangat,” katanya lagi.

Jelas Muhyiddin lagi, defisit kepercayaan itu ditambah pula dengan desakan BN untuk mempercepatkan pilihan raya hanya untuk merampas semula Putrajaya.

“Saya tidak fikir rakyat Malaysia akan membiarkan perkara ini berlaku. Jadi sama ada pilihan raya tahun ini atau tahun depan, bagi kita sama saja.

“Prinsip kita ialah pilih integriti dan terus prihatin kepada rakyat kerana itulah tujuan kita berada di dalam wadah PN,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Ada usaha cuba pecah belah gabungan parti dalam PN, kata Muhyiddin
8 jam lalu· Politik
Nak bubar Jumaat ini, Azmin bidas UMNO tak ada hati perut
10 jam lalu· Politik
Andai bubar esok pun kita sudah bersedia, kata Hishammuddin
13 jam lalu· Politik
Dua tiga hari lagi PAS tentukan sama pilih BN atau PN, kata AJK Pusat
18 jam lalu· Politik
Popular
Buat PRU-15 semasa banjir, PKR akan sumbat pemimpin UMNO masuk penjara
September 12, 2022
Ada usaha cuba pecah belah gabungan parti dalam PN, kata Muhyiddin
October 6, 2022
Nak bubar Jumaat ini, Azmin bidas UMNO tak ada hati perut
October 5, 2022
UMNO Pasir Salak kecewa Tajuddin digantung, minta penjelasan segera
October 5, 2022
Lagi Politik terkini
Manifesto PN rangkumi semua perkara dijanji dan dilaksana: Muhyiddin
7 jam lalu · Politik
Zahid kata pembangkang guna alasan Deepavali pula elak PRU
8 jam lalu · Politik
PN perlu pastikan anak muda keluar buang undi, kata Tuan Ibrahim
10 jam lalu · Politik
PAS ada pelan kedua penyatuan ummah, kata Tuan Ibrahim
11 jam lalu · Politik
UMNO Pasir Salak kecewa Tajuddin digantung, minta penjelasan segera
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
11 jam lalu
[VIDEO] Pandangan orang awam terhadap PRU15 diadakan tahun ini
October 4, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok