Tarikh PRU-15 akan ambil kira nasihat MetMalaysia, kata Naib Presiden UMNO

September 22, 2022 · Politik

Nasihat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan diambil kira sebelum tarikh pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diputuskan, kata seorang Naib Presiden UMNO.

Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mengabaikan nasihat MetMalaysia berhubung amaran kaji cuaca dan bencana banjir walaupun terdahulu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sedia meredah banjir sekiranya PRU-15 diadakan semasa musim bencana melanda negara.

“Biarlah Perdana Menteri yang umumkan kerana beliau berhak untuk menentukan tarikh (PRU-15) yang sesuai.

“Kita memahami berkaitan bencana banjir dan Perdana Menteri juga mengambil kira atas nasihat daripada pihak Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Di media sosial, cerita mengenai masalah banjir ini sudah jadi bermacam-macam (cerita), ada yang mengatakan pada Oktober, November dan Disember ini.

“Seeloknya, sumber yang tepat itu biarlah dikeluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab,” katanya dipetik laporan BH.

Semalam, perbincangan berhubung PRU-15 dibincangkan semasa mesyuarat Jemaah Menteri seperti dimaklumkan Ismail Sabri, bagaimanapun tiada mana-mana pihak tampil memberi kenyataan berhubung hasil keputusan dalam mesyuarat tersebut.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan Mesyuarat Jemaah Menteri turut membincangkan mengenai tarikh PRU15, namun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Shahidan dilaporkan berkata, perkara berkaitan pembubaran Parlimen dan pilihan raya berada dalam bidang kuasa Perdana Menteri.

Ismail Sabri sebelum ini dilaporkan mengulangi pendirian dan janjinya untuk segera berbincang dengan ‘top five’ UMNO berhubung pembubaran Parlimen.

Katanya, berdasarkan semangat dan sokongan Pemuda Barisan Nasional (BN) ketika ini, beliau yang juga Naib Presiden UMNO akan berbincang dengan segera bersama Presiden dan ‘top five’.

Untuk rekod, Zahid sebelum ini menyatakan kesediaan jentera UMNO dan BN untuk menghadapi kempen PRU-15 walaupun semasa bencana banjir berlaku sekalipun.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok