Tarikh pencalonan tiga majlis pimpinan PKR dipinda kepada 29 Mei

May 24, 2022 · Politik

Tarikh pencalonan bagi pemilihan 20 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Majlis Pimpinan Wanita yang sepatutnya berlangsung pada 28 Mei ini dipinda ke 29 Mei.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Dr Zaliha Mustafa berkata calon yang layak bertanding boleh mendaftar secara dalam talian menerusi aplikasi ADIL atau hadir secara fizikal di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

Bagi pencalonan dalam talian, masa pencalonan bermula 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam, manakala pencalonan secara fizikal di pusat pencalonan (Ibu Pejabat PKR) bermula 9 pagi hingga 5 petang.

“JPP 2022 mengharapkan lebih ramai anggota parti menawarkan diri masing-masing sebagai calon untuk jawatan MPP, sekali gus mempercepatkan proses parti menyiapkan diri menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan takwim Pemilihan PKR 2022, proses pengundian dan keputusan bagi 20 jawatan AMK dan wanita dijadualkan berlangsung pada Kongress AMK dan Wanita pada 24 Jun, manakala pengundi dan keputusan bagi 20 jawatan MPP pada Kongres Nasional, 25 Jun.

Zaliha turut memaklumkan kira-kira 90.84 peratus daripada 76,932 yang mengundi secara dalam talian (PAT) telah mengundi sejak 18 Mei hingga 20 Mei.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Zaliha berkata tarikh keputusan tidak rasmi pemilihan peringkat MPP dan Cabang turut dipinda dan akan dipaparkan di laman sesawang Pemilihan Keadilan 2022 pada 29 Mei ini.

Pindaan itu dibuat susulan terdapat lapan cabang di empat negeri, terpaksa melakukan pengundian semula disebabkan beberapa masalah termasuk isu teknikal yang berlaku ketika pengundian fizikal.

Zaliha berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat mengenai penetapan tarikh pengundian semula bagi lapan cabang terlibat dan pengumuman akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Semalam, JPP memaklumkan cabang Gua Musang, Pengkalan Chepa, Bachok, Ketereh dan Tumpat di Kelantan, Dungun (Terengganu), Hulu Selangor (Selangor) dan Padang Serai (Kedah) terpaksa membuat undian semula. – Bernama

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Ketua Bahagian Tanjung Piai sahkan ikut PM ke UNGA di Amerika, Mat Maslan nafi
September 13, 2022
PRN: PAS harap ramai keluar mengundi Sabtu ini
August 9, 2023
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok