Tarik sokongan terhadap PM, Tajuddin kata ‘pirah’ kepada MT UMNO

July 12, 2021 · Politik

Pengarah Pilihanraya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan mengutuk Majlis Tertinggi (MT) UMNO apabila menggunakan istilah ‘pirah’ ketika bercakap pada mesyuarat secara maya malam Khamis lalu.

Ucapan beliau itu tersebar menerusi satu klip audio yang tular di media sosial dan turut dikongsi bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa dalam Twitternya hari ini.

Dalam klio audio itu Ahli Parlimen Pasir Salak berkenaan membantah langkah MT menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana katanya ia bukan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu.

Malah beliau menganggap Ahli MT telah didesak untuk bersetuju supaya UMNO menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri.

“Ini kerana keputusan PAU adalah untuk kita menarik diri daripada kerajaan (PN), tak ada sebut kata nak menarik sokongan kepada perdana menteri.

“Pirah, sudah lain ni, apakah ini after thought? Iaitu untuk mengambil tindakan mendesak supaya kita tarik daripada kerajaan itu nampaknya tak boleh jalan, jadi kita ubah sikit.

“Iaitu kita buat keputusan tarik sokongan kepada perdana menteri sahaja,” katanya memetik laporan Mkini.

Menerusi klip audio berdurasi 15 minit itu, Tajuddin juga tidak bersetuju dengan langkah menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan PM kerana situasi penularan Covid-19 sekarang dan mungkin DAP akan membantu PN pula.

“Kalau kita tarik diri sekarang apakah anda fikir kerajaan akan tumbang. Mereka mungkin bekerja dengan DAP.

“Untuk dapatkan persefahaman, DAP akan sokong, mereka tak perlu sertai kerajaan, mereka sokong, mereka berikan undi untuk memastikan presiden (Bersatu) kekal sebagai perdana menteri, apa akan terjadi pada UMNO,” soal Tajuddin dalam klip audio itu.

Tajuddin berkata, semua pemimpin tertinggi parti tidak sama sekali ingin mengetepikan keputusan yang dibuat parti dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang lalu.

“Keputusan PAU kita menolak DAP, menolak PKR, menolak PPBM (Bersatu) dan mandat diberi kepada presiden dan juga MT untuk menentukan tarikh kita menarik diri daripada kerajaan.

“Siapa yang tak setuju untuk menarik diri, semua bersetuju, ahli MT setuju, ahli Parlimen setuju, saya nak tengok satu orang daripada ahli Parlimen siapa yang tak bersetuju. Semua setuju, jangan tuduh tak bersetuju

“Cuma yang disebutkan iaitu yang tidak bersetuju untuk buat sekarang. Ramai juga (ahli MT) yang berucap mengatakan bahawa ‘timing’ sekarang tak sesuai, tapi timbalan presiden kata tak peduli,” kata Tajuddin dalam rakaman audio itu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
3 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok