Tarik sokongan pendapat minoriti bukan pendirian rasmi Bersatu: PM

August 6, 2022 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menolak pandangan bahawa kerajaannya berada dalam kedudukan goyah dengan sekutu daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) hampir menarik balik sokongan mereka terhadap kepemimpinan beliau.

Beliau berkata laporan berita mengenai sokongannya yang semakin berkurangan berkemungkinan adalah pendapat sebilangan kecil individu dan bukannya pendirian rasmi Bersatu yang menjadi gabungan utama PN.

“Tetapi kenyataan ini bukan kenyataan rasmi parti, mungkin ia dari seorang atau dua orang.

“Ada ahli parti mengatakan perkara itu tidak dibawa ke mesyuarat rasmi parti. Untuk tindakan diambil ia mesti dibuat berdasarkan keputusan rasmi parti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran Pertanian, Hortikultur & Agropelancongan Malaysia 2022 di Serdang.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata beliau bersedia untuk mengambil langkah seterusnya sekiranya mana-mana ahli Parlimen menarik balik sokongan kepada kerajaan.

Tanpa memberi sebarang petunjuk mengenai bila Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Ismail Sabri membayangkan bahawa beliau akan berdepan dengan penentangnya.

“Negara kita mengamalkan sistem demokrasi… jadi terpulang kepada sesiapa sahaja untuk membuat keputusan, mana-mana pihak boleh membuat keputusan sendiri.

“Dan dengan keputusan itu kita perlu hadapi jika ada penarikan sokongan contohnya, jika kerajaan tumbang, pilihan raya mesti diadakan selepas itu.

“Jika semua sudah bersedia untuk pilihan raya, tiada pilihan untuk kita menyekat pilihan raya diadakan, kerajaan sudah bersedia dalam apa jua keadaan.

“Jika kerajaan ini masih kekal, maka kita akan mempertimbangkan tarikh pilihan raya yang sesuai,” katanya menurut laporan MalayMail.

Akhbar tempatan The Star semalam melaporkan gabungan PN sedang mempertimbangkan untuk menarik sokongannya kepada Ismail Sabri, yang boleh mencetuskan kejatuhan Kerajaan Persekutuan.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, The Star melaporkan bahawa PN, yang bersama-sama membentuk kerajaan dengan gabungan Barisan Nasional (BN) pimpinan UMNO, kecewa kerana pertemuannya yang dijadualkan dengan Ismail Sabri pada Khamis lalu dibatalkan secara tiba-tiba malam sebelumnya oleh Pejabat Perdana Menteri.

Pertemuan itu dikatakan untuk membincangkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri daripada Bersatu, iaitu sebahagian daripada perjanjian yang ditandatangani antara beliau dan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum meletakkan jawatan pada Ogos tahun lepas.

Terdahulu hari ini, Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Radzi Jidin menegaskan bahawa parti itu tidak membincangkan sebarang isu menarik sokongan terhadap Kerajaan Persekutuan.

Malah, katanya Bersatu tetap memberi sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob walaupun Perdana Menteri membatalkan pertemuan bersama PN pada saat-sat akhir Khamis lalu.

Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri kesembilan setelah mendapat sokongan kesemua 50 ahli Parlimen daripada parti gabungan PN. Untuk rekod, sejak negara merdeka hanya Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN sahaja yang dilantik sebagai Perdana Menteri kerana parti itu memiliki majoriti ahli Parlimen.

Ismail Sabri menerima sokongan daripada Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuk 31 ahli Parlimen mewakili Bersatu, 18 PAS, satu Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan empat bebas pro-PN.

Muhyiddin juga telah berunding dengan pimpinan parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang membentuk kerajaan PN sebelum ini untuk mengambil ketetapan sama.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
53 minit lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok