Tanpa sokongan Bersatu, UMNO tak mungkin dalam kerajaan: Tuan Ibrahim

September 1, 2022 · Politik

UMNO diingatkan supaya rasional dan matang kerana tanpa Bersatu mustahil mereka akan berada dalam kerajaan sekarang ini, kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS itu berkata UMNO tidak boleh mengenepikan jasa Bersatu yang banyak berjasa dalam pembentukan kerajaan sekarang dan menghargai rakan mereka tersebut kerana meninggalkan Pakatan Harapan (PH) untuk bersama dengan gabungan yang membentuk kerajaan sedia ada ketika ini.

“Apa jua muafakat politik kita tak boleh ketepikan rakan kita daripada Bersatu, tanpa mereka Umno pun tak mungkin berada dalam Kerajaan Persekutuan hari ini.

“Takkan bila kita tiba-tiba menang jadi kerajaan kita nak ketepikan sahabat kita.

“Kita berkawan waktu susah dan senang, dalam situasi yang gawat atau situasi yang tenang. Muafakat politik bukan sesuatu yang sementara tetapi menentukan hala tuju negara ke mana sebenarnya negara hendak di bawa kemana rakyat nak dibawa,” katanya semasa Muktamar Tahunan Pemuda PAS di Kedah, hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata rundingan agihan kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) telah berjalan lancar dengan baik.

Katanya, soal agihan kerusi akan dapat diselsai selepas beberapa siri perbincangan diadakan.

“Kita telah tubuh jawatankuasa perundingan kerusi sebagaimana yang disebut oleh Ketua Pemuda dan kini kita telah memulakan perbincangan.

“Alhamdulillah ruang yang sangat mudah, perbincangan yang sangat baik dan Muafakatnya sangat utuh.

“Kita yakin kita boleh selesai dalam dua tiga kali perundingan…soal (agihan) kerusi akan selesai,” katanya.

Untuk rekod, UMNO sebelum ini membuat ketetapan mereka untuk menolak kerjasama dengan Bersatu dan akan bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) secara solo.

Berita berkaitan
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
10 jam lalu· Politik
Buat PRU-15 itu pendirian UMNO, Menteri PN mahu utamakan rakyat dahulu
14 jam lalu· Politik
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
15 jam lalu· Politik
Sekarang pun sudah ada tempat yang banjir, kata MetMalaysia
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
October 6, 2022
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
October 6, 2022
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
October 6, 2022
Walau diberi kata dua PAS masih harap UMNO, Bersatu bekerjasama
October 6, 2022
Lagi Politik terkini
PRU-15: PN akan pertahan kerusi disandang, kata Wan Saiful
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
7 jam lalu · Politik
PN bincang manifesto PRU-15
7 jam lalu · Politik
Walau diberi kata dua PAS masih harap UMNO, Bersatu bekerjasama
12 jam lalu · Politik
PRU musim bencana strategi UMNO, peratusan keluar mengundi rendah
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok