Tangguh pemilihan demi jajaran baharu UMNO bersama Anwar, DAP?

June 27, 2021 · Politik

Penangguhan pemilihan UMNO semakin hampir menjadi kenyataan selepas beberapa ahli Majlis Tertinggi (mt) memberi bayangan keputusan tersebut bakal dimuktamadkan dalam mesyuarat yang akan diadakan nanti.

Langkah tersebut diambil ketika Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berdepan tekanan daripada Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang mengkritiknya berhubung dakwaan kerjasama dengan blok pembangkang yang diketuai cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, Zahid juga dikritik hebat kerana membuat keputusan bersendirian semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) baru-baru ini tanpa berunding dengan Ahli Parlimen terlebih dahulu dan didakwa memberikan sokongan kepada Anwar semasa pertemuan tersebut yang dianggap membelakangi ketetapan parti.

Desakan kumpulan penentang yang dikatakan sudah memiliki 25 akuan bersumpah (SD) menolak Zahid tersebut bagaimanapun dijangka tidak akan memberi kesan terhadap kedudukan Zahid memandangkan majoriti ahli MT adalah kumpulan yang pro-Zahid dalam UMNO.

Difahamkan, kumpulan pro-Zahid dalam MT sangat taat dan setia kepadanya yang akan menyokong segala hala tuju diputuskan oleh beliau.

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata pemilihan parti akan ditangguhkan selama 18 bulan dan mendakwa keputusan tersebut dipersetujui bersama semua ahli MT, ini bermakna Zahid akan kekal Presiden sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.

Bagaimanapun, kumpulan penentang Zahid menyedari langkah menangguhkan pemilihan parti bukan berita yang akan menyenangkan hati kerana mereka berisiko tidak tercalon dalam PRU15 nanti kerana watikah hanya boleh dikeluarkan dengan restu Presiden dan ditandatangani Setiausaha Agung parti.

Bekas Presiden, Datuk Seri Najib Razak awal-awal lagi sudah memberi amaran supaya kumpulan penentang tersebut disingkirkan daripada menjadi calon dan menggesa pengundi menolak mereka nanti, untuk rekod Najib hilang kelayakan bertanding kerana sudah dijatuhi hukuman bersabit kes mahkamah dihadapinya.

Namun, perkara yang lebih membimbangkan bakal berlaku adalah usaha membawa UMNO ke arah jajaran baharu bersama Anwar dan DAP akan diteruskan sehingga ia menjadi kenyataan walaupun dinafikan oleh Presiden.

Berdasarkan beberapa kenyataan daripada ahli MT, boleh disimpulkan Zahid belum secara terbuka membawa cadangan kerjasama dengan Anwar dan DAP dalam mesyuarat MT walaupun diluar sudah kecoh diperkatakan berhubung rancangan tersebut.

Malah, pemimpin senior parti, Datuk Seri Nazri Aziz juga sudah mendedahkan penipuan yang dilakukan Zahid terhadapnya sehingga terpedaya dan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini, langkah yang didakwanya didalangi Zahid sendiri untuk menjatuhkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Difahamkan, langkah menangguhkan pemilihan ini berkemungkinan bagi memastikan Zahid terus menguasai MT dan memudahkannya untuk membawa agenda kerjasama dengan Anwar serta DAP secara halus sebelum ia dimuktamadkan.

Halangan Zahid untuk membawa UMNO dalam rancangannya ketika ini adalah berhubung ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) yang memutuskan “No Anwar, No DAP” dan beberapa proses perlu dilaksanakan jika mahu mengubah pendirian tersebut.

Seorang pemimpin akar umbi, Ketua Bahagian UMNO Bangi, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata sebarang tindakan yang diambil melanggar ketetapan parti adalah tidak wajar dan boleh dikenakan tindakan disiplin jika ia berlaku.

“Kalau mana-mana pimpinan atau ahli yang bawa selain daripada apa yang ditetapkan dalam usul PAU, maka ia menyalahi peraturan parti, dan perlu diambil tindakan.

“Tak kira siapa, sebab tak ada mana-mana pihak boleh bawa agenda peribadi dalam perjuangan UMNO. Kita berpegang kepada No Anwar, No DAP. Tetapi kalau buat jajaran baru, ia memang menyalahi keputusan parti… Jawatankuasa disiplin kena ambil tindakan,” ujarnya.

Sebelum ini, Agenda Daily melaporkan Zahid membayangkan bakal terbentuk jajaran baharu politik bersama PKR dan DAP yang akan dikenali sebagai Perikatan 3.0 dan bukannya Perikatan Nasional (PN) semasa PRU15 nanti.

Pendedahan terbuka Zahid itu secara tidak langsung mengukuhkan lagi khabar angin sebelum ini dengan menyifatkan langkah tersebut diambil sesuai dengan dinamik politik yang sedang berlaku mengikut perubahan dan keadaan politik semasa negara.

Tegas Zahid, jajaran baharu itu tidak melibatkan PN yang ada sekarang bagaimanapun beliau tidak mendedahkan parti yang akan bersama dalam gabungan baharu itu.

Namun, sebelum ini beberapa pemimpin parti mendakwa Zahid sedang berusaha untuk membawa UMNO duduk serumah bersama PKR dan DAP.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
1 jam lalu· Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
6 jam lalu· Politik
Masih mahu kekalkan Zahid sebagai Presiden, UMNO akan berdepan penolakan total
7 jam lalu· Politik
Laporan tangguh Kabinet buat Anwar rimas, janji selesai sehari dua lagi
16 jam lalu· Politik
Popular
Anwar tangguh umum barisan Kabinet, isu lantikan Zahid buat kepala pening?
December 1, 2022
Tiada wakil UMNO dan DAP di Kementerian Kewangan, dedah NST
December 2, 2022
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022
Masih mahu kekalkan Zahid sebagai Presiden, UMNO akan berdepan penolakan total
December 2, 2022
Lagi Politik terkini
Perikatan ada kelebihan selepas BN, PH ketepikan prinsip masing-masing
2 jam lalu · Politik
Tiada wakil UMNO dan DAP di Kementerian Kewangan, dedah NST
16 jam lalu · Politik
Asyraf disaran puji balik DAP serta padam status FB maki PH
17 jam lalu · Politik
Pemimpin Amanah Kedah keluar parti, tak puas hati tunduk kepada DAP
19 jam lalu · Politik
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok