Tamparan kepada UMNO, cikgu Zahid restu Hajiji kekal KM Sabah

January 10, 2023 · Politik

Langkah UMNO-Barisan Nasional (BN) yang cuba mencetuskan krisis politik dan menukar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menemui jalan buntu.

Walaupun UMNO sudah menarik sokongan terhadap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dipimpin Hajiji, namun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil pendirian untuk mengekalkan sokongan kepada Hajiji dan merestuinya untuk kekal menerajui kerajaan negeri.

“Ya, saya merestui beliau. Beliau adalah Ketua Menteri,” kata Anwar dipetik laporan BH.

Anwar terdahulu bertolak dari lawatan ke Indonesia ke Sabah bagi mencari jalan perdamaian susulan langkah Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menarik sokongan terhadap Hajiji baru-baru ini.

Turut sama dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga anak murid Anwar; Hajiji; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Hajiji.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau berterima kasih kepada Hajiji dan semua pihak berkaitan kerana mendengar pandangan dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di Sabah.

“Kita mahu Kerajaan Sabah yang kuat bawah kepemimpinan Hajiji.

“Esok (hari ini), satu rang undang-undang (RUU) penting untuk mengembalikan hak Sabah melalui pembentangan menteri Kabinet (persidangan Dewan Undangan Negeri).

“Ini satu perubahan yang besar. Bagi saya, ini adalah keutamaan… beri peluang kepada Ketua Menteri untuk bincang dan mencari satu formula terbaik untuk kebaikan Sabah,” katanya lagi.

Terdahulu selepas mengadakan pertemuan tertutup lain di Magellan Sutera, Anwar menjelaskan, keputusan berhubung kemelut politik di negeri ini berada dalam tangan pemimpin Sabah sendiri.

Perdana Menteri berkata, beliau hanya mampu memberi nasihat dalam usaha mengatasi isu berkenaan, namun menyifatkan keadaan kini sudah semakin baik.

Katanya, beliau dan Zahid mencari formula yang baik untuk jalan penyelesaiannya.

Sementara itu, Bung Moktar ketika ditemui pemberita pula berkata pihaknya sudah memberi pandangan mengenai kemelut politik di negeri ini, pada pertemuan dengan Anwar di Magellan Sutera.

Berita berkaitan
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
7 jam lalu· Politik
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP: Pemuda PAS Pahang
7 jam lalu· Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
14 jam lalu· Isu semasa
1MDB: Pendakwaan tarik balik rayuan lucut hak, wang UMNO disita dipulangkan
24 jam lalu· Isu semasa
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Aminuddin bimbang KJ mungkin tanding PRN Negeri Sembilan
1 jam lalu · Politik
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
4 jam lalu · Politik
SPRM boleh siasat akaun bank parti tapi jangan bersifat politik: PAS
4 jam lalu · Politik
Dulu lantang kini diam, MUDA bidas pemimpin PH isu kapal tempur
6 jam lalu · Politik
Kerajaan UMNO-DAP Pahang teruskan agenda ‘dendam politik’
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
13 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok