Tamak adakan PRN Johor, UMNO tidak suka semak dan imbang: Wan Saiful

January 24, 2022 · Politik

Ketamakkan UMNO semakin terserlah dengan langkah gelojoh mereka mengadakan pilihan raya negeri (PRN) Johor walaupun pada ketika rakyat sedang berdepan kesusahan.

Senario politik di Johor dan Melaka menunjukkan UMNO tidak mahu memberi ruang kepada parti lain untuk membuat semak dan imbang, sebaliknya mahu menjadi dominan kerana terlalu taksub dengan kuasa, kata Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Menurut Wan Saiful, pemimpin UMNO kluster mahkamah seperti Datuk Seri Najib Razak dan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berdepan hukuman penjara sudah semakin terdesak, ia menyebabkan mereka sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk melepaskan diri.

“Saya sudah sebutkan sebelum ini bahawa kluster mahkamah amat terdesak kerana mahu mengelak masuk penjara. Bermula dengan Najib, sekarang diikuti oleh Zahid. Kedua-duanya berhadapan dengan penjara atas sebab yang sama iaitu dituduh menyelewengkan wang.

“Hari ini, mereka menggunakan parti mereka untuk memaksa bangsa Johor menghadapi pilihan raya. Mereka tamak mahu membolot kuasa. Tak mahu wujud parti lain yang boleh bagi semak imbang dalam kerajaan supaya kalau ada rasuah boleh disembunyi,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Jelasnya lagi, jika keadaan sebegini diteruskan berkemungkinan akan lebih banyak lagi duit rakyat dibolot demi kepentingan politik UMNO seperti yang berlaku sebelum ini.

“Agaknya banyak mana lagi duit rakyat yang akan diseleweng kalau matlamat mereka membolot kuasa dapat dicapai?” soalnya.

Hari ini, Mahkamah Tinggi memerintahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membela diri terhadap 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana berjuta-juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri.

Zahid, 68, dibicarakan terhadap 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi yang mana beliau merupakan pengasas dan pemegang amanahnya.

Pada 22 Jan, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan kepada PRN diadakan.

Semalam, dilaporkan Barisan Nasional (BN) Johor bercadang bertanding tanpa kerjasama parti lain di luar gabungan itu kerana yakin menang dua pertiga daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN itu nanti.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
4 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok